Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 EDUCATION

Penyelidik M’sia bawa pulang hadiah dan pingat dalam SIIF 2020

7th December, 2020

KUALA LUMPUR: Penyelidik Malaysia membawa pulang satu hadiah utama selain 19 pingat emas, 11 perak dan lapan gangsa, menerusi penyertaan dalam Seoul International Invention Fair (SIIF 2020).

Presiden Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) Dr Muhd Noor Muhd Yunus berkata, walaupun dunia masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19, penyelidik negara tetap aktif menghasilkan pelbagai inovasi bagi manfaat sejagat.

Beliau berkata inovasi daripada Malaysia biasanya mendapat perhatian juri-juri di negara itu, kerana bukan sahaja memenuhi kriteria yang ditetapkan tetapi juga mempunyai potensi serta kualiti yang tinggi.

“Inovasi Malaysia yang bertanding telah melalui saringan yang ketat, selain turut memenangi Pingat Emas dalam pertandingan yang dianjurkan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Pertandingan yang berlangsung pada 1 hingga 4 Dis lepas di Korea Selatan itu, turut disertai Agensi Nuklear Malaysia, SIRIM Berhad, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan University College Sedaya International (UCSI) Education.

Selain itu, lebih 42 inovasi telah dipertandingkan. – Bernama

   
Email Print