29th July, 2010
- ADAKAH pengguna wajib untuk membeli beras import sebelum mendapatkan beras Nasional daripada pengusaha kedai runcit? Begitulah soalan soalan yang timbul di benak fikiran GAMAN, dari kampung Sunsuron, Tambunan kepada ACTIONLINE.
Beliau berkata, pengusaha kedai runcit di pekan telah meletakkan syarat sedemikian kepada pengguna yang mahu membeli beras Nasional.
“Tempoh hari, ibu saya pulang dengan satu paket beras import berserta dengan beras Nasional, pada mulanya saya tidak percaya dan kemudiannya saya turun ke kedai untuk meninjau keadaan.”
Ketika ditemui sendiri, pengusaha kedai memberitahu mereka hanya menurut arahan daripada pengedar,” katanya menambah beras import mencecah sehingga RM30 dibandingkan dengan beras Nasional yang hanya berharga RM19.
Bagaimana pula dengan nasib penduduk kampung yang lain yang tidak mampu membeli beras import?, soal GAMAN pula.
- Jurucakap dari Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna cawangan Keningau berkata, perkara itu dibawah bidang kuasa Kementerian Pertanian.
Manakala, jurucakap daripada bahagian Kawal Selia Padi, Kementerian Pertanian apabila dihubungi berkata, mereka akan mengambil aduan tersebut dan akan merujuk kepada pihak atasan untuk tindakan seterusnya.
|