Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Usahawan berjaya perlu sanggup tempuh cabaran

29th July, 2010

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, setiap ada kemahuan sudah pasti di situ ada jalan, pepatah ini mengajak rakyat berbilang kaum yang terdapat di bahagian ini khasnya untuk sama-sama merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang merupakan salah satu pekerjaan yang mulia seperti mana yang dilakukan oleh Junjungan Nabi Muhammad SAW.

Seorang usahawan boleh dibentuk, dimotivasikan dan ditanamkan minat untuk memulakan bidang perniagaan. Sesungguhnya setiap individu mempunyai potensi tertentu yang boleh dikenal pasti, dicungkil dan dikembangkan melalui program latihan sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Keusahawanan menurut perspektif Islam adalah bidang perniagaan atau keusahawanan yang merupakan bidang kerja amat mulia serta dipandang tinggi dalam Islam.

Sehubungan itu, kerajaan masa kini mempelbagaikan dana pinjaman dan bantuan untuk golongan bumiputera memulakan bidang perniagaan, dan ia adalah dana kepada pertumbuhan ekonomi negara yang sekaligus membantu mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan.

Baru-baru ini, Biro Ekonomi dan Keusahawanan Umno Bahagian Kudat menganjurkan seminar selama dua hari dengan penyertaan seramai 600 peserta yang terdiri dari ahli perniagaan kecil-kecilan dan bakal peniaga atau usahawan dan enam kertas kerja dibentangkan untuk memberi kefahaman yang mendalam terhadap peserta yang mengikuti seminar berkenaan.

Ketika berucap di majlis itu Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan Umno Bahagian merangkap Pengerusi Penganjur seminar, Akram Haji Ismail, berkata 11 perkara sebagai persiapan untuk memulakan bidang perniagaan untuk menjadi usahawan yang berjaya.

a. Idea yang munasabah dan minat yang kental;

b. Ilmu asas perniagaan yang mantap (banyak menghadiri kursus);

c. Perancangan yang praktikal dan teratur;

d. Mampu menyediakan rancangan perniagaan yang komprehensif;

e. Didikasi dalam visi perniagaan/matlamat khusus;

f. Kesungguhan untuk mencapai sasaran;

g. Kemahiran teknikal dalam sesuatu bidang yang diceburi;

h. Pengetahuan asas pengurusan kewangan yang mantap;

i. Mampu mengendali pasaran (peka perkembangan semasa);

j. Bersedia berhadapan dengan masalah dan berani menyelesaikannya;

k. Mampu memindahkan idea kepada realiti (cita-cita menjadi kenyataan).

Akram berkata, para usahawan mestilah berusaha meningkatkan ketahanan diri untuk maju. Persaingan dalam bidang perniagaan sememangnya hebat dan sebagai seorang usahawan kita tidak boleh selamanya mengharapkan bantuan kerajaan katanya kita hendaklah berubah mengikut peredaran masa.

Katanya lagi, penyertaan para usahawan dalam pelbagai persatuan ekonomi amat dituntut, contohnya penyertaan dalam Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) yang berupaya memainkan peranan untuk membimbing para usahawan Melayu di negara ini.

Akram yang juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kudat memohon kepada Ketua Umno Bahagaian yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Pitas, Datuk Bolkiah Haji Ismail, supaya dapat mengusahakan sumbangan kewangan untuk Tabung Dana Usahawan Kecil Biro Ekonomi dan Keusahawanan Umno Bahagian Kudat.

Katanya, dana ini amat diperlukan untuk membantu ahli-ahli Umno yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan sekaligus menyahut saranan kerajaan untuk mengeluarkan rakyat negeri ini khasnya mengubah penghidupan diri dan keluar dari kemelut miskin tegar dan miskin.

Ketika berucap merasmikan pelancaran seminar tersebut Bolkiah yang diwakili oleh Naib Ketua Umno Bahagian, Harun Durabi, antara lain berkata untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya mesti ada sikap kesungguhan yang kental ini kerana katanya jadi seorang usahawan bukan ibarat cendawan yang tumbuh bermusim.

Harun yang juga Penyelaras Umno DUN Tanjong Kapor berkata dalam Rancangan Malaysia ke-10 kerajaan telah memperuntukkan bajet iaitu 60 peratus bagi pembinaan dan pembentukan Modal Insan sebagai persediaan kerajaan ke arah negara maju menjelang tahun 2020.

Dalam pada itu, katanya rakyat setempat diingatkan tidak merasa panik berhubung kenaikan harga beberapa barangan terkawal yang difikirkan tidak menjejaskan bidang perniagaan masing-masing kerana kerajaan telah memikirkan secara mendalam akan kebaikan tindakan itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline