Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 EDUCATION

Nezatul Fazlyin manfaatkan platform Sidang Kemuncak Belia STEM kongsi idea inovasi

4th November, 2020

KOTA KINABALU: Pelajar Kolej Vokasional Keningau, Nezatul Fazlyin Zainal memanfaatkan peluang sebagai ahli panel pada Sidang Kemuncak Belia STEM untuk berkongsi idea inovasi projeknya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi persidangan video pada Oktober lepas.

Sidang Kemuncak Belia STEM, persidangan secara maya buat julung kali diadakan tahun ini itu, berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November anjuran Youth STEM 2030 yang terdiri daripada generasi muda.

Organisasi itu menerima 238 permohonan individu dari 39 negara untuk menjadi ahli panel.

Nezatul Fazlyin adalah antara lima ahli panel dari seluruh dunia yang terpilih untuk sesi ‘lightning talk’ berlangsung pada 31 Oktober lepas bertemakan ‘The Big Challenges’.

Bercakap kepada Bernama, Nezatul Fazlyin, 19, berkata beliau memanfaatkan persidangan video kira-kira lapan minit untuk menjelaskan projek inovasinya yang antara lain bagi melatih guru-guru serta para pelajar mengenai cara mengendalikan dan menggunakan teknologi baharu dalam produk inovasi mereka.

Ini termasuk penggunaan dron, robotik dan percetakan tiga dimensi untuk melengkapkan mereka terutama dalam kalangan wanita daripada latar belakang vokasional di luar bandar dengan kemahiran yang dapat membantu mengembangkan lagi potensi diri seiring kemajuan Revolusi Industri 4.0, katanya.

Nezatul Fazlyin berasal dari Kampung Angan-Angan, Tenom, berkata beliau telah menghantar permohonan untuk menyertai persidangan itu kepada pihak penganjur yang berpangkalan di United Kingdom menerusi video berdurasi satu minit pada 20 Oktober lepas.

“Saya tidak menyangka terpilih menyertai persidangan ini. Saya berasa amat teruja kerana dapat mengetengahkan idea ini. Projek STEM ini penting kerana ia berkaitan keadaan kita sekarang iaitu zaman teknologi moden tetapi masih terdapat masyarakat luar bandar dan pedalaman belum terdedah dengannya.

“Projek ini sudah dilaksanakan di Kolej Vokasional Keningau bersama rakan pasukan lain dan mendapat maklum balas positif. Saya berharap ia dapat dikembangkan dan penggunaan teknologi terkini dapat ditingkatkan di kawasan berkenaan,” kata pelajar pendidikan awal kanak kanak itu.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Keningau Johari @ Jaibet Sabin berkata kejayaan Nezatul Fazlyin membuktikan kemampuan dan komitmen para pelajarnya untuk mengasah bakat serta minat mereka dalam pelbagai bidang.

Nezatul Fazlyin adalah seorang daripada ahli utama Kelab Digital Maker Kolej Vokasional Keningau yang bergiat aktif dalam bidang STEM, katanya.

“Beliau pernah memenangi anugerah inovasi komuniti pada pertandingan hackathon anjuran UNESCO bersama ahli pasukan lain, selain pernah membentang projeknya pada persidangan antarabangsa dalam talian bersama beberapa pelajar lain,” katanya. – Bernama

   
Email Print