Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 ECO

Sistem tagal penting penduduk pedalaman elak kepupusan ikan

5th October, 2020

OLEH :MARUTIN ANSIUNG

TAMBUNAN:Pengwujudan sistem tagal di Pedalaman sangat penting untuk dilaksanakan pada masa kini bagi mengelakkan kepupusan hidupan dalam sungai.

Pengerusi Tagal Kampung Monsok Tengah Joidi Joseph berkata, sejak kebelakangan ini kepupusan pelbagai spesies ikan sungai amat ketara di mana-mana sungai yang tidak ditagal.

“Ini disebabkan amalan masyarakat yang menangkap ikan bagi tujuan untuk dijual untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka terutamanya di kawasan Pedalaman yang tidak terkawal” katanya ketika ditemui semasa gotong-royong membina pondok tagal Kampung Monsok Tengah, Monsok Ulu dan Kuala Monsok baru-baru ini.

Bahan-bahan pembinaan pondok itu disumbangkan oleh Pertubuhan Kebajikan Impak Komuniti Sabah (PIKOS)salah satu badan NGO yang aktif di negeri ini.

NGO itu menyumbangkan dua buah pondok tagal untuk Kuala Monsok, dua buah pondok tagal Monsok Tengah dan pembinaan tandas, bilik persalinan dan pembaikan pondok tagal di Kampung Monsok Ulu.

Sehubungan dengan ini Joidi mengucapkan terima kasih kepada PIKOS atas sumbangan itu kerana ia sangat penting dan sangat diperlukan di kampung itu khususnya di kawasan sungai tagal berkenaan.

Turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada PIKOS atas sumbangan itu, Pengerusi Tagal Kuala Monsok Daniel Taki.

Beliau berharap sumbangan seperti itu dapat diteruskan di kampung-kampung lain di Pedalaman khususnya bagi kampung yang telah mengwujudkan tagal.

Sementara wakil Pengerusi Tagal di Monsok Ulu Kennedy Martin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIKOS atas sumbangan kemudahan awan untuk kegunaan di kawasan tagal Monsok Ulu.

Rata-rata Pengerusi Tagal dan juga penduduk kampung berkenaan bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan berkenaan dan berharap sumbangan seperti itu turut disumbangkan di kampung-kampung yang telah mengwujudkan tagal di kawasan Pedalaman.

Untuk rekod Tagal Kampung Monsok Tengah, Kuala Monsok dan Monsok Ulu sudah diwujudkan 20 tahun yang lalu dan telah memberi banyak manfaat kepada penduduk.

Pengwujudan sistem tagal adalah untuk memulihara dan membangun khazanah alam semulajadi flora dan fauna iaitu ikan dan sungai-sungai agar sentiasa kelihatan indah dan bersih.

   
Email Print