Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
A Wonderful Treat for Cider Lovers this Apple Day with Somersby |  Daikin sets up biggest ASEAN Oceania centralized distribution hub in Malaysia |  AmBank Group receives three awards at Malaysian e-Payments Excellence Awards |  FOCUS POINT RAISES AWARENESS ON EYE HEALTH FOR WORLD SIGHT DAY 2020 |  WATSONS PRESENT 7-DAYS OF EXTRA ONLINE SALE |  Flash floods hit Kota Kinabalu and several areas in West Coast |  Public bus services in S’kan suspended for two weeks |  Blow to Sukma preparations |  Revington returns with dual mission |  Tabung Haji targets 500,000 depositors using THiJARI by year-end |  Retail, individual investor participation continue to increase |  Hizud nokotongob do mogiigizon |  Haang tokodou manahob koohian COVID-19 tinaak kumaa MKN |  Tana nopiang: Talun-alun kopoguhu mantad Kota Kinabalu - Ranau noputu |  PKPB id Kota Kinabalu, Penampang om Putatan | 
 BM

Penduduk pedalaman harap k'jaan baharu beri perhatian masalah, keperluan pembangunan

1st October, 2020

OLEH RIZALMI LIMAN

KENINGAU: Rakyat di kawasan pedalaman negeri ini amat berharap agar kerajaan baharu dapat mengutamakan pembangunan kemudahan asas serta menjaga kebajikan sosioekonomi rakyat.

Mereka ketika ditemui di sekitar pekan Keningau masing-masing menyuarakan agar kerajaan baharu yang dipilih oleh segenap lapisan rakyat dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.

Bagi Caroline Udang, 50, Kampung Singgah Mata Bingkor berkata, berharap agar kerajaan baharu dapat mengutamakan kebajikan rakyat khususnya dari segi keusahawanan dan masalah kemudahan kampung.

“Kami berharap sungguh dengan kerajaan yang baharu yang ada sekarang agar mengutamakan kebajikan rakyat khususnya dari segi ekonomi usahawan dan masalah air dan sebagainya dan amat besar lah harapan kami,” katanya.

Bagi Ho Yu Shin, 55, Kampung Bariawa Laut berkata, beliau berharap agar rakyat di Pedalaman turut mendapat perhatian disebabkan rakyat Pedalaman masih banyak memerlukan keperihatinan kerajaan.

“Harapan pada kerajaan baharu agar boleh bantu rakyat sini Pedalaman khususnya di Keningau sebab banyak perlukan bantuan, harap kerajaan ini boleh jaga juga rakyat sinilah,” katanya.

Bagi Katerine Gimbat, 60, Kampung Luagan berharap agar keperluan prasarana luar bandar dapat diberi perhatian seperti masalah bekalan elektrik, bekalan air dan talian telefon.

“Harap sangat dengan kerajaan baharu dapat membantu betul-betul kemudahan untuk rakyat seperti bekalan elektrik di luar bandar dan talian telefon yang mana kami sangat susah mendapatkan talian telefon di kampung kami.

“Dengan itu kami harap kerajaan pada kali ini dapat membantu betul-betul mengatasi masalah rakyat di luar bandar,” jelasnya.

Bagi Junita Felisha Jupilin, 29, Kampung Muhibbah berharap kepada kerajaan baharu kali ini agar dapat berkhidmat kepada rakyat dengan telus.

“Harapan saya untuk kerajaan baharu ini supaya mereka dapat berkhidmat dengan telus ikhlas, tiada rasuah segala, yang kita mahu macam pembangunan semua seperti jalan raya dan kemudahan untuk orang-orang kampung,” jelasnya.

Mereka berkata demikian ketika ditemui pemberita di sini kelmarin.

Terdahulu, Kerajaan negeri Sabah yang baharu dipimpin oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) setelah memenangi 38 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 dengan menewaskan parti Warisan Plus yang hanya mendapat 32 kerusi, yang juga merupakan kerajaan negeri selama 26 bulan.

Upacara istiadat pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu iaitu Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berlangsung kira-kira pukul 10.30 pagi pada Selasa di Istana Negeri disaksikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni.

Turut mengangkat sumpah ialah tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Adun Lamag; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Adun Tambunan), dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam (Adun Kundasang).

   
Email Print