Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
A Wonderful Treat for Cider Lovers this Apple Day with Somersby |  Daikin sets up biggest ASEAN Oceania centralized distribution hub in Malaysia |  AmBank Group receives three awards at Malaysian e-Payments Excellence Awards |  FOCUS POINT RAISES AWARENESS ON EYE HEALTH FOR WORLD SIGHT DAY 2020 |  WATSONS PRESENT 7-DAYS OF EXTRA ONLINE SALE |  Flash floods hit Kota Kinabalu and several areas in West Coast |  Public bus services in S’kan suspended for two weeks |  Blow to Sukma preparations |  Revington returns with dual mission |  Tabung Haji targets 500,000 depositors using THiJARI by year-end |  Retail, individual investor participation continue to increase |  Hizud nokotongob do mogiigizon |  Haang tokodou manahob koohian COVID-19 tinaak kumaa MKN |  Tana nopiang: Talun-alun kopoguhu mantad Kota Kinabalu - Ranau noputu |  PKPB id Kota Kinabalu, Penampang om Putatan | 
 BM

COVID-19: Semua urusandi JPN Sabah dilaksanakan secara temu janji

1st October, 2020

KOTA KINABALU: Berikutan peningkatan jumlah kes COVID-19 di Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri memutuskan untuk melaksanakan operasinya secara janji temu dalam usaha mengelak penularan pendemik itu.

Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata semua urusan secara janji temu ini dilaksanakan pada setiap hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

Beliau berkata urusan janji temu itu tidak terpakai di daerah-daerah yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran iaitu di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna (29 September – 12 Oktober 2020).

“Permohonan janji temu boleh dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh janji temu dan tertakluk kepada kekosongan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata tempahan janji temu boleh dibuat melalui pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

“Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi,” tambahnya. – Bernama

   
Email Print