Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 ECO

44 orang sukarelawan Program Trash Hero Challenge 2020 Vol. 2 berjaya kumpul 57 karung sampah

30th September, 2020

SANDAKAN: Sebanyak 57 karung sampah berjaya dikumpul dengan melibatkan kerahan tenaga 44 orang sukarelawan pada Program Sandakan Trash Hero Challenge 2020 Vol. 2 membersihkan Pantai Pasir Putih, di sini, baru-baru ini.

Program kesedaran kebersihan turut dianjurkan bersama oleh komuniti Zero Waste Sandakan itu turut disertai 50 aktivis kebersihan antaranya peserta dari Thrash Hero Sandakan, Zero Waste Sandakan, Kelab Antidadah Sandakan, wakil agensi kerajaan dan orang awam.

Aktiviti membersihkan persekitaran pantai telah berlangsung sekitar jam 7 pagi hingga 10 pagi, dengan bertemakan ‘Sandakan Thrash Hero Challenge 2020’.

Salah seorang aktivis pencinta alam sekitar di Sandakan, Alias Haji Sani melapangkan masanya hadir bagi menjayakan sekaligus menyokong aktiviti kesedaran kebersihan itu.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada aktivis kebersihan dan pencinta alam sekitar bersama-sama hadir menjayakan program ini.

“Sebanyak 57 karung sampah berjaya dikumpulkan dengan kerahan 44 orang tenaga sukarelawan.

“Kebersihan alam sekitar tanggungjawab kita bersama,” kata aktivis kebersihan di Sandakan, Ray Ibrahim Haji Othman.

Dalam pada itu, Ray berkata seramai 50 orang peserta terdiri daripada sukarelawan telah diberikan sijil penyertaan atas penyertaan mereka membersihkan Pantai Pasir Putih pada kali ini.

Beliau berkata, pihaknya terpanggil menjalankan aktiviti ini kerana kecintaan terhadap alam sekitar agar sentiasa bersih dan keindahan terus terpelihara.

Katanya, aktiviti ini juga berupaya meningkatkan kesedaran kepada masyarakat betapa penting menjaga kebersihan pantai demi kebaikan bersama.

“Usaha kita agar masyarakat tidak sesuka hati membuang sampah sarap di kawasan pesisiran memandangkan pentingnya keindahan alam sekitar terus terjaga.

“Sebab itu, kita mengadakan gotong-royong membersihkan Pantai Pasir Putih Sandakan dan sekitarnya kerana ingin memastikan kebersihan di sepanjang pantai tidak tercemar kerana pantai ini salah satu tarikan pelancong,” ujar Ray.- OLEH ROZZALIN HASHIM

   
Email Print