Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
A Wonderful Treat for Cider Lovers this Apple Day with Somersby |  Daikin sets up biggest ASEAN Oceania centralized distribution hub in Malaysia |  AmBank Group receives three awards at Malaysian e-Payments Excellence Awards |  FOCUS POINT RAISES AWARENESS ON EYE HEALTH FOR WORLD SIGHT DAY 2020 |  WATSONS PRESENT 7-DAYS OF EXTRA ONLINE SALE |  Flash floods hit Kota Kinabalu and several areas in West Coast |  Public bus services in S’kan suspended for two weeks |  Blow to Sukma preparations |  Revington returns with dual mission |  Tabung Haji targets 500,000 depositors using THiJARI by year-end |  Retail, individual investor participation continue to increase |  Hizud nokotongob do mogiigizon |  Haang tokodou manahob koohian COVID-19 tinaak kumaa MKN |  Tana nopiang: Talun-alun kopoguhu mantad Kota Kinabalu - Ranau noputu |  PKPB id Kota Kinabalu, Penampang om Putatan | 
 BM

Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang

29th September, 2020

SANDAKAN: Satu Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar – Rahman, Kampung Karamunting Baru dekat sini telah berlangsung dengan cemerlang dan jayanya baru-baru lepas.

Program tersebut merupakan anjuran AJK Surau Ar – Rahman dengan kerjasama Al – Asyairah Group Ahli Sunnah Wal Jama’ah di dalam memperkukuhkan Akidah, Syariat dan Tasawwuf umat Islam di daerah ini.

Kuliah pengajian berkitab disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Tajudin, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang juga merupakan Felo Penyelidik ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute) yang mengupas tentang pembelajaran Feqh Manhaji Imam Syafi’e.

Dalam ceramahnya, Ustaz Abdul Rahman menyatakan bahawa Hukum Syariat boleh dipelajari melalui Subjek Feqah. Ia menampilkan kaedah-kaedah Istinbath Hukum-Hakam di dalam Islam.

Dalam kupasan pengajian kitab Turath tersebut ia menyatakan ada lima hukum-hakam dalam Islam iaitu Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. Kelima-lima hukum-hakam ini diambil daripada Al – Quran, As – Sunnah, Al – Ijmak dan Al – Qias.

Beliau menyatakan bahawa Feqah terbahagi kepada Feqh Ibadah yang menampilkan cara-cara beribadah kepada Allah SWT, Feqh Muamalah yang memaparkan aspek perhubungan sesama insan termasuk Feqh Munakahat dan Feqh Jenayah serta Feqh Siyasah yang menampilkan pembinaan sebuah negara dan tamadun.

Syariat Islamiyyah ini berlandaskan metodologi Imam Syafi’e. Namun beliau juga mengemukakan Feqh Muqaranah yang membawa beberapa pandangan Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali.

Kupasan ilmiah ini telah memberi pedoman yang sangat berharga hadirin yang hadir.

Sementara itu, Ali selaku Pengerusi Surau Ar -Rahman bersyukur kerana dapat menyumbangkan juadah makan malam dalam program berbentuk keagamaan ini yang sangat berohani tinggi.

Menurut, Ustaz Nornikman yang merupakan penggerak belia di Kampung Karamunting Baru berharap agar aktiviti keagamaan ini dapat diteruskan kerana peluang memberikan nilai bakti untuk kepentingan agama.

Kehadiran beberapa ahli masyarakat sekitar yang begitu komited dengan ilmu telah memeriahkan suasana majlis tersebut.

Menurut sebahagian masyarakat, program aktiviti keagaaan melalui kuliah Maghrib ini begitu penting dalam menjaga agama berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Program berkenaan meletakkan Surau Ar – Rahman antara surau yang sering mengadakan aktiviti keagamaan dalam usaha menghidupkan ilmu agama beraliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah di daerah Sandakan.- OLEH ROZZALIN HASHIM

   
Email Print