Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
A Wonderful Treat for Cider Lovers this Apple Day with Somersby |  Daikin sets up biggest ASEAN Oceania centralized distribution hub in Malaysia |  AmBank Group receives three awards at Malaysian e-Payments Excellence Awards |  FOCUS POINT RAISES AWARENESS ON EYE HEALTH FOR WORLD SIGHT DAY 2020 |  WATSONS PRESENT 7-DAYS OF EXTRA ONLINE SALE |  Flash floods hit Kota Kinabalu and several areas in West Coast |  Public bus services in S’kan suspended for two weeks |  Blow to Sukma preparations |  Revington returns with dual mission |  Tabung Haji targets 500,000 depositors using THiJARI by year-end |  Retail, individual investor participation continue to increase |  Hizud nokotongob do mogiigizon |  Haang tokodou manahob koohian COVID-19 tinaak kumaa MKN |  Tana nopiang: Talun-alun kopoguhu mantad Kota Kinabalu - Ranau noputu |  PKPB id Kota Kinabalu, Penampang om Putatan | 
 BM

JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan'

29th September, 2020

LAHAD DATU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lahad Datu menyeru masyarakat di daerah ini tidak melakukan kegiatan ‘curi karan’ kerana bukan sahaja menyebabkan kebakaran malah membahayakan nyawa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, anggotanya turut terdedah dengan risiko terkena renjatan apabila melakukan operasi pemadaman kebakaran susulan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Terdahulu katanya, dua rumah musnah dalam kebakaran di Kg Bakau Lama, Jalan Pantai jam 11.15 malam pada Ahad dan ketika operasi pemadaman kebakaran didapati punca bekalan elektrik masih berlaku.

Menurutnya, pendawaian di lokasi kejadian kebakaran tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya apabila wayar disambung dan dibentangkan di bawah jambatan dan rumah.

“Perkara ini boleh mengancam keselamatan anggota dan orang awam, risiko renjatan boleh berlaku kerana kita menggunakan air untuk memadam dan wayar yang ada di bawah rumah tersebut masih berfungsi,” katanya.

Dalam kejadian kebakaran itu katanya, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.15 malam dan tiba 11.31 malam.

“Semasa pasukan bomba tiba di tempat kejadian dua buah rumah jenis sementara itu telah terbakar 100 peratus, bagaimanapun kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke rumah yang lain,”katanya.

Sumsoa berkata, pasukan bomba bertindak mengawal api dari merebak menggunakan teknik pengasingan secara ‘ceiling hooks’ serta menggunakan air dari sumber terbuka iaitu laut.

Seramai sembilan anggota terlibat dan tiga jentera yang turut dibantu anggota polis seramai dua orang.

“Tempat kejadian tidak dapat dicapai oleh jentera dan terpaksa berjalan kaki sejauh 1 KM, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya lagi.

   
Email Print