Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
A Wonderful Treat for Cider Lovers this Apple Day with Somersby |  Daikin sets up biggest ASEAN Oceania centralized distribution hub in Malaysia |  AmBank Group receives three awards at Malaysian e-Payments Excellence Awards |  FOCUS POINT RAISES AWARENESS ON EYE HEALTH FOR WORLD SIGHT DAY 2020 |  WATSONS PRESENT 7-DAYS OF EXTRA ONLINE SALE |  Flash floods hit Kota Kinabalu and several areas in West Coast |  Public bus services in S’kan suspended for two weeks |  Blow to Sukma preparations |  Revington returns with dual mission |  Tabung Haji targets 500,000 depositors using THiJARI by year-end |  Retail, individual investor participation continue to increase |  Hizud nokotongob do mogiigizon |  Haang tokodou manahob koohian COVID-19 tinaak kumaa MKN |  Tana nopiang: Talun-alun kopoguhu mantad Kota Kinabalu - Ranau noputu |  PKPB id Kota Kinabalu, Penampang om Putatan | 
 BM

Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah

29th September, 2020

SEPANG: Malaysia Airports telah melaksanakan beberapa inisiatif tambahan di lapangan terbang kendaliannya, untuk mempermudah dan melicinkan proses saringan COVID-19 kepada semua penumpang yang tiba dari Sabah.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan hari ini menyatakan antara inisiatif dilaksanakan adalah penyediaan troli makanan dan minuman bergerak di kawasan menunggu untuk ujian saringan bagi membolehkan penumpang membeli makanan ringan sementara menunggu giliran masing-masing.

“Warga emas, orang kurang upaya, ibu mengandung dan keluarga dengan anak kecil akan diberi akses ke laluan utama untuk membantu memudahkan proses ketibaan mereka,” menurut Malaysia Airports.

Tempat duduk tambahan juga disediakan di pintu masuk ketibaan serta di sepanjang laluan ke kawasan ujian saringan, katanya.

Malaysia Airports memaklumkan terdapat 12 penerbangan yang membawa 1,400 penumpang dari Sabah di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 19 penerbangan yang membawa 2,300 penumpang di terminal klia2, pada Ahad.

Malaysia Airports menjangkakan peningkatan jumlah ketibaan penumpang dari Sabah hari ini dan memaklumkan Kementerian Kesihatan serta semua pihak berkuasa berkaitan mengenai ketibaan penerbangan – penerbangan itu.

Untuk kelmarin, dijangka 10 penerbangan akan tiba di terminal utama KLIA dan 19 penerbangan di terminal klia2. Semalam, Malaysia Airports dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah mengedarkan paket makanan percuma kepada penumpang yang menunggu giliran untuk melakukan saringan.

“Kami akan terus bekerjasama dengan Nadma dan menyumbang untuk mengedarkan makanan dan minuman percuma kepada penumpang.

“Beberapa pengendali makanan dan minuman seperti Starbucks, Kopi Kita, Needs Convenience dan WHSmith Convenience juga telah diminta untuk melanjutkan operasi mereka melebihi pukul 8 malam,” menurut Malaysia Airports.

Sabtu lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan syarat bagi individu yang tiba dari Sabah untuk menjalani ujian saringan COVID-19 mulai semalam hingga 10 Okt.

Menurut Malaysia Airports tenaga kerja tambahan daripada pasukan keselamatan penerbangan dan pasukan khidmat pelanggan berpengalaman juga telah dikerah untuk memberikan bantuan di lapangan dan membantu memastikan pematuhan jarak fizikal.-Bernama

   
Email Print