Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
A Wonderful Treat for Cider Lovers this Apple Day with Somersby |  Daikin sets up biggest ASEAN Oceania centralized distribution hub in Malaysia |  AmBank Group receives three awards at Malaysian e-Payments Excellence Awards |  FOCUS POINT RAISES AWARENESS ON EYE HEALTH FOR WORLD SIGHT DAY 2020 |  WATSONS PRESENT 7-DAYS OF EXTRA ONLINE SALE |  Flash floods hit Kota Kinabalu and several areas in West Coast |  Public bus services in S’kan suspended for two weeks |  Blow to Sukma preparations |  Revington returns with dual mission |  Tabung Haji targets 500,000 depositors using THiJARI by year-end |  Retail, individual investor participation continue to increase |  Hizud nokotongob do mogiigizon |  Haang tokodou manahob koohian COVID-19 tinaak kumaa MKN |  Tana nopiang: Talun-alun kopoguhu mantad Kota Kinabalu - Ranau noputu |  PKPB id Kota Kinabalu, Penampang om Putatan | 
 BM

Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19

29th September, 2020

LAHAD DATU: Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu menjalani ujian saringan COVID-19, secara sukarela.

Menurut sumber, ujian saringan itu dibuat susulan terdapat satu kes positif COVID-19 kontak rapat membabitkan keluarga seorang anggota balai berkenaan.

“Setakat ini, ia bukan membabitkan kes positif dalam kalangan anggota, sebaliknya hanya kontak rapat membabitkan seorang kakitangan sahaja.

“Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga semua pegawai dan anggota bomba dari BBP Lahad Datu secara sukarela menjalani ujian saringan berkenaan,” katanya.

Keputusan itu juga katanya, dibuat selepas mengambil kira bidang tugas yang memerlukan pihaknya bergerak ke lokasi operasi secara bersama dan berkongsi kenderaan, selain perlu berjumpa dengan orang awam.

Sehingga semalam, Sabah merekodkan 835 kes COVID-19 yang masih dirawat, termasuk 97 kes di Lahad Datu.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Adham Baba berkata, seramai 30,000 individu dijangka bakal menjalani ujian saringan COVID-19 di Tawau dan Lahad Datu dalam usaha mengekang penyebaran pandemik berkenaan.

Sehingga kini lebih 10,000 individu menjalani saringan COVID-19 membabitkan Kluster Benteng LD.-Oleh Nazrini Badarun

   
Email Print