Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
A Wonderful Treat for Cider Lovers this Apple Day with Somersby |  Daikin sets up biggest ASEAN Oceania centralized distribution hub in Malaysia |  AmBank Group receives three awards at Malaysian e-Payments Excellence Awards |  FOCUS POINT RAISES AWARENESS ON EYE HEALTH FOR WORLD SIGHT DAY 2020 |  WATSONS PRESENT 7-DAYS OF EXTRA ONLINE SALE |  Flash floods hit Kota Kinabalu and several areas in West Coast |  Public bus services in S’kan suspended for two weeks |  Blow to Sukma preparations |  Revington returns with dual mission |  Tabung Haji targets 500,000 depositors using THiJARI by year-end |  Retail, individual investor participation continue to increase |  Hizud nokotongob do mogiigizon |  Haang tokodou manahob koohian COVID-19 tinaak kumaa MKN |  Tana nopiang: Talun-alun kopoguhu mantad Kota Kinabalu - Ranau noputu |  PKPB id Kota Kinabalu, Penampang om Putatan | 
 BM

Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah

29th September, 2020

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman Datuk Hajiji Noor, diyakini mampu mengemudi pentadbiran pembangunan kerajaan negeri Sabah dengan baik, kata bekas ketua menteri sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Hajiji yang juga Ketua Pimpinan Bersatu Sabah merupakan seorang tokoh politik yang berpengalaman luas. Saya yakin beliau mampu membawa Sabah ke era pembangunan yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini kelmarin.

Terdahulu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat memilih Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang ke- 16. Pengumuman itu dimaklumkan sendiri oleh Hajiji, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, dalam sidang akhbar selepas perjumpaan tertutup bersama pimpinan GRS.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman sejak 1990, berjaya mempertahankan kerusi DUN itu, selepas menang dengan majoriti 3,099 dalam Pilihan Raya DUN Sabah pada Sabtu lepas. Hajiji dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri hari ini.

   
Email Print