Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
A Wonderful Treat for Cider Lovers this Apple Day with Somersby |  Daikin sets up biggest ASEAN Oceania centralized distribution hub in Malaysia |  AmBank Group receives three awards at Malaysian e-Payments Excellence Awards |  FOCUS POINT RAISES AWARENESS ON EYE HEALTH FOR WORLD SIGHT DAY 2020 |  WATSONS PRESENT 7-DAYS OF EXTRA ONLINE SALE |  Flash floods hit Kota Kinabalu and several areas in West Coast |  Public bus services in S’kan suspended for two weeks |  Blow to Sukma preparations |  Revington returns with dual mission |  Tabung Haji targets 500,000 depositors using THiJARI by year-end |  Retail, individual investor participation continue to increase |  Hizud nokotongob do mogiigizon |  Haang tokodou manahob koohian COVID-19 tinaak kumaa MKN |  Tana nopiang: Talun-alun kopoguhu mantad Kota Kinabalu - Ranau noputu |  PKPB id Kota Kinabalu, Penampang om Putatan | 
 BM

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini

29th September, 2020

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin kelmarin bersetuju, melantik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

“Saya ucap tahniah kepada Datuk Hajiji dan saya persetujui sebagai Ketua Menteri yang baharu, untuk mengangkat sumpah pada esok (hari ini),” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan surat jemputan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-16 kepada Hajiji, di Istana Negeri di sini.

Sejurus selesai penyampaian surat jemputan itu, Hajiji turut menghadiri raptai Istiadat Angkat Sumpah yang dijadual berlangsung di Dewan Istiadat Istana Negeri, pada pukul 10 pagi, hari ini.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kelmarin sebulat suara menamakan Hajiji, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

GRS memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri ini.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas penerimaan surat itu, Hajiji berkata beliau akan menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin, bagi memenuhi mandat yang diterima daripada rakyat Sabah.

“Terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun (Juhar) kerana beliau telah menjemput saya untuk menerima surat pelantikan sebagai Ketua Menteri Negeri Sabah … esok (hari ini) saya telah dimaklumkan saya (angkat sumpah) dan timbalan-timbalan ketua menteri dahulu,” katanya.

   
Email Print