Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
120190281_3566968336701410_7165904767874336652_o
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Pegawai JaPen Sabah rangkul kemenangan Penulisan Rencana Cemerlang HKM 2020

15th September, 2020

KUALA LUMPUR: Pegawai Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Fauzrina Bulka merangkul kemenangan dalam kategori Penulisan Rencana Cemerlang Pertandingan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) 2020.

Penyertaan yang dihantar melalui rencana bersiri bertajuk Sekolah Jalanan Untuk Anak-anak Tanpa Dokumen, Sekolah Di Atas Air dan PSS: Peranan Media Tidak Dimanfaat Sepenuhnya menceritakan mengenai hak pendidikan bagi kanak-kanak tanpa dokumen di Semporna.

Menurutnya, topik itu dipilih sebagai inisiatif beliau dalam mengetengahkan isu berkenaan agar kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri tidak terus terpinggir dalam pembangunan, pendidikan serta kehidupan.

“Sebagai seorang ibu kepada anak berusia lapan tahun, kisah mereka ini sungguh dekat di hati apabila membayangkan anak sendiri menjalani kehidupan sedemikian.

“Semoga menerusi penulisan ini, kita dapat mengubah stigma pemikiran mengenai hak kanak-kanak itu,” katanya ketika ditemui media selepas Malam Wartawan Malaysia 2020 di sini, pada Jumaat.

Fauzrina berkongsi kemenangan pada kategori yang sama bersama wartawan Bernama Sabah, Rohana Nasrah dengan masing-masing membawa pulang hadiah berupa cek RM5000, sijil dan trofi dalam majlis anjuran Malaysian Press Institute (MPI), tajaan Petronas.

Hadiah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Turut hadir, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, Ketua Pegawai Eksekutif MPI merangkap Pengerusi Malam Wartawan Malaysia 2020, Datuk Dr Chamil Wariya, Pengerusi Panel Hakim HKM 2019, Datuk Yong Soo Heong, Tokoh Wartawan Negara 2011, Datuk A.Kadir Jasin dan Tokoh Wartawan Negara 2019, Tan Sri Johan Jaaffar.

   
Email Print