Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri diadakan di SICC

15th September, 2020

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Rabu ini.

Sambutan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sr. Safar Untong itu akan bermula pada jam 8.30 pagi dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepenuhnya.

Hadir sama pada raptai sambutan hari ini ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Mariam Omar Matusin, Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Masnah Matsalleh, Pengarah Istiadat dan Protokol, Christopher Lingam, Juruiring TYT Sabah, Kol Herman Bambang dan wakil-wakil jabatan negeri dan persekutuan.

Tetamu kehormat yang akan hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah di samping Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal serta isteri, Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib.

   
Email Print