Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

PRN Sabah: Perang bendera kian meriah

15th September, 2020

KOTA KINABALU: Perang bendera antara parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 kian meriah di sekitar bandaraya Kota Kinabalu namun ia seakan-akan baru bermula di daerah lain.

Bendera Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Liberal Demoratik (LDP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Cinta Sabah (PCS) sudah banyak dipasang di kawasan strategik termasuk bulatan Masjid Bandaraya, bulatan Bandaran, jejambat Jalan Coastal dan jejambat Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Tinjauan Bernama mendapati poster calon turut dipasang di kawasan yang dibenarkan pihak berkuasa tempatan. Bagaimanapun, bendera parti gabungan Perikatan Nasional dilihat masih agak kurang di kawasan bandaraya Kota Kinabalu berbanding parti calon lawan.

Di TAWAU, jentera parti bertanding sudah mula memasang poster dan bendera masing-masing di beberapa lokasi strategik termasuk pusat bandar namun masih dalam jumlah terhad.

Bagaimanapun, belum ada bahan kempen seperti iklan gergasi dipasang di lokasi strategik di Tawau.

Di SANDAKAN, bendera parti seperti LDP sudah dikibar di kawasan Batu Sapi manakala bendera Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Barisan Nasional (BN) dan Warisan mula dipasang di Libaran. -Bernama

   
Email Print