Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
A Wonderful Treat for Cider Lovers this Apple Day with Somersby |  Daikin sets up biggest ASEAN Oceania centralized distribution hub in Malaysia |  AmBank Group receives three awards at Malaysian e-Payments Excellence Awards |  FOCUS POINT RAISES AWARENESS ON EYE HEALTH FOR WORLD SIGHT DAY 2020 |  WATSONS PRESENT 7-DAYS OF EXTRA ONLINE SALE |  Flash floods hit Kota Kinabalu and several areas in West Coast |  Public bus services in S’kan suspended for two weeks |  Blow to Sukma preparations |  Revington returns with dual mission |  Tabung Haji targets 500,000 depositors using THiJARI by year-end |  Retail, individual investor participation continue to increase |  Hizud nokotongob do mogiigizon |  Haang tokodou manahob koohian COVID-19 tinaak kumaa MKN |  Tana nopiang: Talun-alun kopoguhu mantad Kota Kinabalu - Ranau noputu |  PKPB id Kota Kinabalu, Penampang om Putatan | 
 Leisure

Cyphoria Dance Team perkenal pelancongan melalui tarian

11th September, 2020

OLEH RAPHIEL PINUS

KEMUNCULAN pelbagai kumpulan yang menarikan rentak berkonsep K-pop boleh dikatakan sudah menjadi trend bukan setakat di Sabah atau Malaysia semata-mata tetapi juga hampir di kebanyakan negara di dunia.

Setiap kumpulan yang ada seboleh-bolehnya meniru dan mempamerkan kehebatan dalam mempersembahkan tarian masing-masing dengan ‘dance cover’ kumpulan Black Pink ‘How Do You Like That’.

Turut tidak ketinggalan, sebuah kumpulan tarian yang ditubuhkan di daerah Ranau yang menggelarkan diri mereka ‘Cyphoria Dance Team’ bermaksud ‘The Secret Code of Happiness’ (gabungan bahasa Inggeris ‘Cypher’ dan ‘Euphoria’).

Menurut mereka, meskipun kumpulan ini menari mengikut rentak lagu luar negara tetapi tarian yang bakal dipertontonkan dalam video mereka menerusi laman sosial Facebook, YouTube dan Instagram lebih kepada memperkenalkan tempat pelancongan menarik di sekitar daerah Ranau.

Tujuan utama adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang belum pernah ke daerah Ranau melihat keindahan pemandangan dan pelbagai tempat yang boleh di dilawati apabila mereka berkunjung di daerah itu. Enam anggota

Cyphoria Dance Team dianggotai enam penari, pertama Marisah Joan Steve Madis, 15, dari Kampung Kigiok, Ranau dan masih bersekolah di Sekolah Menengah (SM) All Saint Likas Kota Kinabalu.

Marisah aktif menyertai pertandingan tarian selain persembahan tarian antaranya Sabah College Got Talent 2019 dimana dipilih menjadi johan bagi kategori tarian solo, Suria K-pop Dance Comeptition 2019 (Outstanding Award), All Saints Musical Concert 2019 (Naib Johan kategori tarian), Ulu Sugut Ranau Firefly Charity Concert 2019 dan Ranau Dance Fiesta 2019.

Ahli kedua, Amanda Christine Alfredchris, 15, (Kampung Kimolohing Batu 1 Ranau) bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datu Paduka Mat Salleh Ranau.

Seperti Marisah, Amanda juga aktif menyertai pertandingan tarian dan juga persembahan tarian antaranya Sabah College Got Talent 2019 ( Naib Juara Kategori Tarian Solo), Borneo Beat Down 2019, Christmas Got Talent KKCC Kota Kinabalu 2019, Suria Sabah Kpop Dance 2019, Suria Sabah Free Style Dance Competition 2019, Persembahan Hari Kecemerlangan Sekolah 2016-2017, Ulu Sugut Ranau Firefly Charity Concert 2018 dan Ranau Dance Fiesta 2019.

Selain itu Amanda juga berbakat dalam bidang senilukis dan merupakan pengawas sekolah di sekolahnya sejak berada di tingkatan 1 sehingga kini.

Seterusnya Michelle Chai Bungkiro, 16, dari Kampung Bitoon bersekolah di SMK Pinggan-Pinggan Pitas dan juga Chiara Maria Joseph, 15, dari Kampung Boduyon Ranau dan bersekolah di SMK Ranau, Ranau.

Kedua-dua penari ini berkongsi hobi yang sama iaitu menari dan akhirnya membuka peluang mereka untuk menjadi sebahagian dalam kumpulan Cyphoria Dance Team.

Anggota lain, Ruth Gabrienda Julai, 15, dari Kampung Tanah Merah, Ranau pelajar SMK Datu Paduka Mat Salleh dan pernah mengikuti Pertandingan Tarian Kebudayaan pada tahun 2016-2017 dimana pencapaian terbaiknya adalah johan pada pertandingan itu dan juga persembahan tarian semasa Ulu Sugut Ranau Firefly Charity Concert pada tahun 2018.

Manakala Jinivy Hizuati Jasni, 15, dari Pekan Ranau pula pelajar SMK Datu Paduka Mat Salleh Ranau serta aktif menyertai pertandingan dan persembahan antaranya Borneo Beat Down 2.0, Ranau Dance Fiesta 2019 dan juga Ulu Sugut Ranau Firefly Charity Concert pada tahun 2019.

Sokongan ibubapa Menariknya, para penari Cyphoria Dance Team sentiasa mendapat sokongan daripada ibubapa mereka yang menjaga dan memantau pergerakan serta setiap aktiviti yang mereka lakukan.

Kumpulan ini pula diurus dan diselia oleh bapa kepada seorang penari Cyphoria Dance Team iaitu Steve JM dan Vie Jimmy yang juga pelakon di bawah Wayang Tokou (Tony Francis Gitom).

Vie juga merupakan ahli Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa), Setiausaha Kelab Rekreasi Artis Sabah (KERAS) selain Ketua Biro Kebajikan Kelab Kupi Kupi FM 96.3Fm.

Khabar baiknya, projek pertama Cyphoria Dance Team telahpun siap dikendalikan oleh Evander Yusin (EY Film) dibantu krew sokongan Jared, Ian Arthur dan Aaron Duff sepanjang dua hari pembikinan.

Walaupun Cyphoria Dance Team sudah acap kali membuat persembahan dan mengikuti pertandingan di sekitar daerah Ranau dan Bandar Kota Kinabalu tetapi projek Dance Cover Black Pink “ HDYLT”, merupakan pertama kali yang dibincang dan disusun atur oleh penari-penari di dalam Cyphoria Dance Team dan dibantu oleh ibubapa serta keluarga penari.

Projek pertama ini memberi makna yang besar kepada Cyphoria Dance Team kerana tujuan utama Cyphoria menonjolkan diri mereka di mata umum disebabkan selain daripada minat yang terlalu mendalam terhadap bidang tarian, mereka juga ingin memperkenalkan tempat-tempat pelancongan di sekitar daerah Ranau khususnya dan Sabah amnya melalui seni tarian.

Salah satu kelainan dan keunikan projek pertama Cyphoria ialah mereka memperagakan gaya kontemporari pakaian etnik Sabahan di dalam gerak tari mereka.

Sokongan semua amat dihargai supaya mereka dapat meneruskan niat baik dalam bidang senitari untuk memperkenalkan tempat pelancongan khususnya yang ada di negeri ini kepada mata umum bukan sahaja yang berada di Malaysia tetapi di luar negara.

Untuk menonton video dan mengenali penari-penari Cyphoria Dance Team boleh melawati laman sosial mereka, Facebook (Cyphoria Dance Team), YouTube (https://www.youtube.com/channel/UC0yU77_XcFlb9ec1myccp6A), Instagram (@cyphoria_official) atau menghubungi talian 01133980168 (Vie) dan 0138683577 (Steve JM).

   
Email Print