Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
A Wonderful Treat for Cider Lovers this Apple Day with Somersby |  Daikin sets up biggest ASEAN Oceania centralized distribution hub in Malaysia |  AmBank Group receives three awards at Malaysian e-Payments Excellence Awards |  FOCUS POINT RAISES AWARENESS ON EYE HEALTH FOR WORLD SIGHT DAY 2020 |  WATSONS PRESENT 7-DAYS OF EXTRA ONLINE SALE |  Flash floods hit Kota Kinabalu and several areas in West Coast |  Public bus services in S’kan suspended for two weeks |  Blow to Sukma preparations |  Revington returns with dual mission |  Tabung Haji targets 500,000 depositors using THiJARI by year-end |  Retail, individual investor participation continue to increase |  Hizud nokotongob do mogiigizon |  Haang tokodou manahob koohian COVID-19 tinaak kumaa MKN |  Tana nopiang: Talun-alun kopoguhu mantad Kota Kinabalu - Ranau noputu |  PKPB id Kota Kinabalu, Penampang om Putatan | 
 Leisure

Jaringan hatrik Ismali Pani membenam Wira Jaya

8th September, 2020

BONGAWAN: Jaringan hatrik Ismail Haji Pani meranapkan impian Kelab Wirajaya untuk mengapai kemenangan dan terpaksa akur dengan kekalahan tipis 5-4 dalam siri perlawanan persahabatan di Padang Kg. Biau Bongawan baru-baru ini.

Lebih menceriakan kem pasukan PIBG SK. Pekan Bongawan apabila Ismail juga dinobatkan selaku Pemain Terbaik yang sepanjang perlawanan yang bergandingan baik bersama Harun Sabtu yang menjaringkan dua gol yang diberi jolokan Ryan Giggs oleh rakan sepasukannya.

Penjaga gol Wirajaya Zaini Darus yang dianugerahkan sebagai Penjaga Gol Terbaik ketika ditemui selepas perlawanan berkata, beliau amat kagum dan terpukau dengan tendangan deras Ismail dari jarak 45 meter terus menerjah jaring umpama tendangan Roberto Carlos ketika mewakili Real Madrid suatu ketika dahulu.

Beliau sendiri tidak menjangka akan kehebatan dan kelincahan Ismail dalam perlawanan tersebut.

Walaubagaimana pun Kelab Wirajaya harus berbangga dengan jaringan pemain berpengaruh yang menyumbang dua gol iaitu Haji Hassan Haji Mudin yang menjaringkan gol menggunakan tandukan dan kuisan tumit minit-minit akhir perlawanan selain jaringan Aizat minit ke 65.

Dalam pada itu, Wirajaya juga melebarkan siri jelajah persahabatan bersama Pasukan Jemputan Pintas Kubu Beaufort yang diketuai oleh Salleh Tuah di Padang Kg.Kubu Beaufort malam kelmarin yang berkesudahan seri 3-3. Salleh yang digelar Lionel Messi oleh rakan seperjuangan menjaringkan hatrik dalam perlawanan pada malam itu selain gol Wirajaya dihasilkan oleh Haji Muslim, Haji Hassan dan Awie Bin Masri.

Menurut Salleh, perlawanan persahabatan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pasukan dari dua daerah yang berjauhan selain sebagai jambatan silaturahim dalam mengukuhkan lagi ukhuwah bersama masyarakat setempat.

“Kalah dan menang bukanlah ukuran namun natijahnya kita dapat merapatkan lagi saf dan dapat kenal mengenali antara satui sama lain,” ujarnya.

Diakhir perlawanan, Salleh Tuah dinobatkan selaku ‘Pemain Berpengaruh’ manakala Haji Awg. Muslim dianugerahkan sebagai ‘Pemain Tengah Terbaik’ sepanjang perlawanan.

   
Email Print