Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Pesawat kargo Pos ACE selamat mendarat di Tawau

14th August, 2020

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU : Penerbangan sulung pesawat kargo Pos Asia Cargo Express Sdn Bhd (Pos ACE) selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau (LTT) dari Kuala Lumpur pada jam 11.45 pagi, di sini kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib berkata, dengan adanya pengangkutan kargo udara itu dapat menyelesaikan permintaan penghantaran yang tinggi di daerah ini khususnya daripada industri perikanan dan bekalan makanan laut.

Menurutnya, pesawat kargo Pos ACE itu berkeupayaan mengangkut pelbagai jenis barang mengikut permintaan pelanggan dengan pihaknya akan memastikan setiap jadual penerbangan konsisten bagi menjamin kepuasan pelanggan.

“Melalui penerbangan terus ke Tawau yang dikendalikan oleh anak syarikatnya itu akan dapat meningkatkan kapasiti pengangkutan udaranya sehingga sekitar 30 peratus dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Jelasnya, pelancaran laluan baharu ini menandakan komitmen Pos ACE dalam meningkatkan hubungan dan rangkaian pengangkutan udara ke Malaysia Timur selain meningkatkan daya saingnya dalam industri kargo udara Malaysia.

Syed Md Najib berkata, Kumpulan Pos Malaysia juga akan terus memperluaskan rangkaian perniagaannya sebagai sebahagian daripada rancangan transformasinya.

“Kami optimis anak syarikat kami iaitu Pos ACE turut berkeupayaan memperluaskan jaringan pengangkutan udaranya di lebih banyak destinasi pada masa akan datang” katanya lagi.

Terdahulu, laluan pesawat kargo Pos ACE Kuala Lumpur – Tawau akan beroperasi enam penerbangan dalam seminggu (Isnin hingga Sabtu) iaitu 24 penerbangan sebulan dengan menggunakan pesawat kargo Boeing 737-400 dengan kapasiti muatan seberat 18 tan.

   
Email Print