Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Lawatan khas Program Tautan Kasih Merdeka eratkan silaturahim penduduk saudara Islam di Pulau Sepanggar

14th August, 2020

KOTA KINABALU: Satu rombongan pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Bandaraya Kota Kinabalu mengadakan lawatan ke Pulau Sepanggar Rabu lalu.

Pulau Sepanggar yang terletak kira-kira 20 minit menaiki bot dari jeti bandaraya mempunyai lebih kurang 400 penduduk majoriti beragama Islam dan kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan.

Lawatan khas Program Tautan Kasih Merdeka (TKM) bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan penduduk saudara Islam di pulau tersebut sekaligus mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi.

Antara aktiviti yang diadakan dalam program TKM termasuk beramah mesra dengan penduduk kampung, menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur, menziarahi penduduk yang sakit serta mereka yang memerlukan bantuan asas.

Ahli rombongan yang terdiri dari Pegawai Tadbir Agama Ustazah Hiryanti Hj Tabin, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cawangan Sabah (JAKIM),Pengerak Dakwah JAKIM serta para Imam-imam Rawatip dan Kariah serta pelajar praktikal juga telah membuat tinjauan ke atas keadaan Masjid AL Hasyim pulau tersebut serta melawat tanah perkuburan untuk menyelesaikan isu berbangkit.

Lebih dari 20 orang penduduk kampung pulau berkenaan terdiri dari warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin telah menerima sumbangan bantuan keperluan asas.

Antara yang hadir menyaksikan bantuan program TKM termasuk Ketua Kampung Ismail Bin Tulaung, Imam Rawatip Suhaili Bin kasmin dan Pengerusi Masjid AL-Hasyim Iskandar Bin Ismail.

Salah seorang ahli rombongan yang merupakan Pegawai Kanan JHEAINS Bandaraya Ustaz Zaidi Karim memberitahu wartawan New Sabah Times mereka akan mengadakan lawatan ke kampung-kampung yang memerlukan bantuan berhubung masalah isu berbangkit dan bantuan keperluan asas dari masa ke semasa.- OLEH SHANE SHAH

   
Email Print