Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 EDUCATION

Jawatankuasa PPKK jalin k-sama lebih banyak sekolah

14th August, 2020

OLEH: ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Dalam usaha membantu pelajar kategori miskin tegar, Jawatankuasa Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) Sandakan akan menjalin kerjasama dengan lebih banyak pihak sekolah di daerah ini.

Bagi tujuan itu, pihak sekolah disaran menyalurkan maklumat setiap pelajar bermasalah yang dikenal pasti kepada PPKK Sandakan, bagi memudahkan penyediaan keperluan untuk disalurkan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa PPKK Sandakan, Iswadiman Shamsuddin berkata, antara kerjasama boleh dilaksanakan termasuklah melalui Program Ziarah Cakna, antara inisiatif Kementerian Pendidikan dalam menyantuni keluarga dan pelajar bermasalah di daerah ini.

“Kita melihat program cakna yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di daerah ini antara kaedah kerjasama yang boleh kita lakukan khususnya bagi membantu pelajar-pelajar bermasalah yang memerlukan bantuan peralatan sekolah mahupun keperluan di rumah”, katanya

“Jadi sebab itulah kita sebagai Jawatankuasa PPKK ini amat mengharapkan bantuan pihak sekolah untuk memaklumkan kepada PPKK setiap program cakna ini agar PPKK juga dapat menyumbang bantuan kepada mereka”, tambahnya.

Beliau berucap demikian pada Program “Kami Peduli” Anjuran PPKK Sandakan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) Sandakan, di Sekolah Kebangsaan Merpati, Sandakan.

Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Sandakan turut menganjurkan program sama di SM Sung Siew dan SK Sungai Anib 1, Sandakan serta SMK Perempuan.

Mengenai Program “Kami Peduli”, jelas Iswadiman ia antara usaha MPKK Sandakan untuk membantu pelajar sekolah terpilih di sini agar mematuhi saranan kerajaan dalam mencegah dan memutuskan rantaian Pandemik Covid-19, di Sandakan.

Tambah beliau, ia juga bertujuan bagi meningkatkan motivasi kanak-kanak dalam meneruskan sesi persekolahan dengan norma baharu selain memberi peluang kepada ahli MPKK menganjurkan program bersama PPKK dan PKKK.

   
Email Print