Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon

7th August, 2020

KOTA KINABALU: Persatuan Serumpun Budaya Kinabalu Sabah (SERUMPUN) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon yang diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Pengerusi SERUMPUN, Dee Layun berkata, program tersebut telah berjaya menarik penyertaan 15 pasangan suami isteri yang telah berkahwin sejak lima tahun lalu diraikan dalam persandingan ulang tahun perkahwinan yang diadakan secara mega.

“Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah melalui sokongan geran Bantuan Khas Perbendaharaan bertujuan untuk menyemarakkan semula rasa cinta antara pasangan suami isteri agar hubungan perkahwinan dapat dimantapkan serta disuburkan seperti tahun pertama mereka membina mahligai cinta” katanya.

Dee Layun yang juga pengasas SERUMPUN berkata program yang julung-julung kalinya diadakan ini berlangsung selama dua hari satu Malam (2D1N) dengan menyediakan pelbagai pengisian yang dapat menimbulkan rasa nostalgia pasangan suami isteri ketika memulakan sesi perkahwinan.

“Antara pengisian tersebut termasuklah aktiviti Mengenali dirimu sayang, Luahkan perasaan cinta (kad Cinta), Membina keintiman suami isteri, Makan malam romantik, Terapi tari berpasangan dan perkongsian pengurusan kewangan keluarga serta ikrar cinta” katanya.

Selain itu majlis tersebut turut diserikan lagi dengan aktiviti sesi bergambar disamping bersanding di pelamin untuk merakam saat-saat terindah dan simbolik menyemarakkan perasaan cinta mereka sebagai suami isteri.

Jelas beliau lagi, SERUMPUN Sabah mengambil peluang ini dengan tujuan memperkasakan perkahwinan setiap pasangan suami isteri dan ini merupakan salah satu inisiatif bagi membantu mengurangkan peningkatan kadar perceraian di Malaysia khususnya di Negeri Sabah.

Katanya, menurut statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 27 November 2019 sebanyak 50,356 kes perceraian telah direkodkan pada tahun 2018.

“ Sekiranya penceraian dapat dielakkan, secara tidak langsung peranan mensejahterakan ekonomi keluarga akan digalas secara bersama antara suami dan isteri tanpa terlampau bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Pakar-pakar dalam bidang keluarga dan perkahwinan berpendapat krisis dalam rumahtangga sering berlaku selepas lima tahun mendirikan rumah tangga” jelasnya.

Menurut Dee Layun lagi, tinjauan pendapat Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat “ Family Life, Values and Awareness of Utamakan Keluarga” (2004) mendapati bahawa konflik dan ketegangan dalam rumah tangga berpunca daripada masalah kewangan diikuti dengan sikap tidak bertanggungjawab dan kurang persefahaman.

Justeru itu katanya, pendedahan awal program pemantapan perkahwinan diharap dapat mengurangkan penceraian dikalangan pasangan suami isteri yang baru berkahwin atau yang telah lama berkahwin.

Hadir sama pada program itu ialah Penolong Pengarah Kanan LPPKN Sabah, Suszma Khairitszi Mamat dan Pegawai Pemantau Program LKPPKN Sabah, Alexvitlon Kandohoi.- OLEH JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print