Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP

7th August, 2020

OLEH: ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Tiga pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sandakan telah menjalankan Pemeriksaan Khas dan Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekitar daerah baru-baru ini.

Ketua KPDNHEP Cawangan Sandakan, Mohamad Hashim berkata, hasil pemeriksaan premis mendapati peniaga-peniaga di premis sentiasa mengemas kini dan mempamerkan tanda harga dengan jelas serta menggunakan alat timbang dan sukat masih dalam tempoh penentusahan.

Selain itu, para peniaga juga sentiasa patuh dan mengekalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh KPDNHEP.

Tambah beliau, bekalan keperluan asas yang dikawal seperti gula, tepung dan minyak masak juga mencukupi di pasaran.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui e-aduan.kpdnhep.gov.my atau menghubungi 089-668107 (Pejabat KPDNHEP Sandakan) dan melalui aplikasi Whatsapp http://www.wasap.my/+60192794317/Aduan+Pengguna.

   
Email Print