Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh

7th August, 2020

KOTA KINABALU: Seorang bapa sanggup menjadikan anak lelakinya berusia 8 tahun sebagai tebusan hanya disebabkan berebut alat kawalan jauh televisyen di Taman Seri Kionsom, Inanam di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, suspek yang berusia 36 tahun dikatakan memaut leher anaknya dan mengugut untuk menikamnya menggunakan pemutar skru.

Pihak polis yang berada di lokasi kejadian juga terpaksa mengambil masa 2 jam untuk menenangkan lelaki terbabit. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata, semasa kejadian, suspek mengacukan sambil beberapa kali menghentak pemutar skru di kepala kanak-kanak berkenaan.

Katanya, lelaki itu turut mengugut anggota polis yang berada di lokasi supaya tidak merapatinya dan memberitahu akan menikam anaknya sendiri sekiranya ingkar.

“Suspek tetap berkeras tidak mahu melepaskan anaknya yang amat ketakutan ketika itu.

“Polis terpaksa menggunakan kaedah psikologi bagi menenangkan suspek sebelum dia menyerahkan pemutar skru kepada polis. Dia kemudiannya ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

Habibi berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga didapati positif dadah jenis syabu.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai 3 rekod jenayah lampau, termasuk menetak isterinya kira-kira 2 bulan lalu.

“Kes sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek turut mempunyai 2 kes dadah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek kini ditahan reman selama 7 hari dan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

   
Email Print