Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

KKJG mampu semarakkan lagi semangat patriotisme

5th August, 2020

TENOM: Program Merdeka @Komuniti dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) mampu menyemarakkan lagi semangat patriotisme masyarakat.

Pegawai Daerah Tenom, Sungkim Rumangan berkata semangat cinta negara perlulah sentiasa disemai supaya perpaduan antara kaum di negara ini dapat diperkukuhkan.

“Dengan adanya pelbagai program seperti Pertandingan Fotografi Klik@Merdeka, Info On Wheels Merdeka (IOW MERDEKA),Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan banyak lagi program anjuran oleh Jabatan Penerangan sememangnya ia mampu menyuburkan lagi rasa cinta kepada negara dalam diri masyarakat.

“Kehadiran serta sokongan orang ramai dalam program pada hari ini juga sangat menggalakkan walaupun dalam keadaan suasana negara yang sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan bertungkus lumus dalam menjayakan program pada hari ini dan juga program-program lain yang mengisi sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini, “ ujarnya semasa merasmikan Program Merdeka@Komuniti dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) Peringkat Daerah Tenom anjuran bersama Jabatan Penerangan dan Pejabat Daerah Tenom di sini, pada Selasa.

Tambah Sungkim, amalan mengibarkan Jalur Gemilang seharusnya dijadikan budaya dalam kehidupan seharian sebagai tanda rasa cinta kepada negara.

“Kita tidak seharusnya menunggu adanya program sambutan bulan kebangsaan untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebaliknya seharusnya dengan rela hati mengibarkannya sepanjang tahun.

“Oleh itu, diharap agar semua warga Tenom untuk dapat terus mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan dan bangunan-bangunan pejabat bagi memeriahkan lagi suasana bulan kebangsaan ini,” jelas beliau. Turut diadakan pada program tersebut ialah pelepasan 20 buah kenderaan Konvoi Info On Wheels (IOW) Merdeka peringkat daerah Tenom terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan persekutuan.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Azman Sipan dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong, Yuesri Ismail Yusof.

   
Email Print