Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Minggu suai mesra pelajar baharu PPST UMS secara atas talian

5th August, 2020

KOTA KINABALU: Minggu Suai Mesra (MSM) Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi sesi 2020/2021 mencatatkan sejarah tersendiri apabila dilaksanakan dengan jaya secara atas talian baru-baru ini.

Naib Canselor UMS, Prof. ChM. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, sesi pendaftaran pelajar baharu PPST secara atas talian juga telah dijalankan pada 13 hingga 19 Julai lalu yang melibatkan sejumlah 500 calon yang telah ditawarkan untuk menjalani pengajian dalam program yang terdapat di PPST.

“Sejarah baru juga telah tercipta apabila PPST buat julung kalinya telah menerima seramai lima orang pelajar antarabangsa iaitu tiga pelajar daripada Brunei Darussalam dan seorang masing-masing dari Sudan dan Jepun.

“Dengan kehadiran pelajar-pelajar dari luar negara, saya percaya satu persaingan akademik yang sihat akan berlaku, sekali gus akan meningkatkan status dan prestasi akademik Pusat Asasi UMS,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena perasmian dan penutupan MSM Program Asasi Sains melalui platform maya.

Menurut Datuk Dr. Taufiq Yap, para pelajar baharu harus menunjukkan nilai-nilai murni sebagai seorang rakyat Malaysia serta contoh tauladan terbaik kepada mereka agar dengan asbab akhlak murni ini, Malaysia akan terus dihormati dan disanjungi oleh negara luar.

Terdahulu, Pengarah PPST, Prof. Madya Ts. Dr. Sazmal Effendi Arshad menjelaskan, penggunaan platform atas talian bagi sesi MSM Program Asasi kali ini adalah bersesuaian dengan norma baharu yang sedang dijalani dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 yang sedang melanda global.

Katanya, sepanjang MSM ini, para pelajar diberikan Taklimat Program Asasi, Taklimat Biasiswa, Taklimat Kursus Akademik untuk setiap program, Taklimat Keselamatan di kampus dan makmal, Taklimat Pembelajaran secara atas talian dan Taklimat Keselamatan dan Prosedur Pengendalian Standard Pasca COVID-19.

“Menerusi taklimat yang komprehensif ini, kami akan memastikan para pelajar mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan pihak universiti.

“Para pelajar akan dititikberatkan dengan penjarakan sosial, pemakaian topeng muka dan cecair pembasmi kuman, dan pengimbasan suhu badan sepanjang tempoh pembelajaran di dalam dewan kuliah,” kata Prof. Dr. Sazmal.

Ujar beliau, dengan pelaksanaan SOP yang ketat oleh pihak universiti, serta kepercayaan dan keyakinan para ibu bapa, para pelajar akan dapat belajar dalam keadaan yang kondusif, sistematik, sihat, dan selamat.

Sehingga 29 Julai lalu, sejumlah 434 pelajar telah mendaftar dalam program Asasi UMS, melibatkan 355 pelajar bagi program Asasi Sains, 25 pelajar program Agrisains, dan 54 pelajar program Asasi Teknologi Maklumat.

Kesemua pelajar telah mula mendaftar di kampus secara berperingkat bermula kelmarin sehingga 7 Ogos ini. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail turut berkesempatan bersama-sama Prof. Dr. Sazmal meninjau sesi pendaftaran pelajar baharu di bangunan PPST UMS.

   
Email Print