Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Penunggang motosikal maut digilis lori

5th August, 2020

TUARAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori di simpang tiga Jalan Pendamai 1, Jalan Tuaran-Kota Belud pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata dalam kejadian 10.50 pagi itu mangsa berusia 17 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan kepala.

Beliau berkata siasatan awal di lokasi kejadian mendapati pemandu lori berumur 60 tahun itu memandu dari arah Tuaran manakala mangsa menunggang motosikal juga dari arah sama menuju ke Gayang (Bulatan Kuda).

“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu lori cuba membuat pusingan U di penghujung pembahagi jalan untuk membelok ke kanan menghala ke arah Tenghilan.

“Mangsa pula menuju ke susur masuk arah ke Bulatan Kuda menyebabkan motosikalnya tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian bawah lori sebelum terseret di bawah kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. -Bernama

   
Email Print