Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Polis tahan seorang wanita dipercayai pengedar dadah

5th August, 2020

OLEH NAZRINI BADARUN

LAHAD DATU: Seorang wanita dipercayai pengedar dadah ditahan polis hasil serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kg. Dewata, Jalan Silam di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah, ACP Nasri Mansor berkata, suspek warga Indonesia berusia 42 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang dalam Ops Tapis.

Menurutnya, bertindak atas maklumat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Lahad Datu telah melakukan satu serbuan ke atas sebuah rumah.

“Setibanya di hadapan rumah dalam keadaan pintu terbuka pasukan polis memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad kuasa.

“Terdapat seorang suspek wanita yang sedang duduk di ruang tamu rumah berkenaan kemudian ditahan lalu pemeriksaan badan ke atas suspek dilakukan,”katanya.

Semasa pemeriksaan badan dijalankan, suspek telah mengeluarkan satu paket plastik lutsinar dengan menggunakan tangan dari poket seluar pendek yang dipakainya.

“Hasil pemeriksaan ke atas paket plastik itu mengandungi 21 paket plastik lutsinar kecil berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah syabu seberat 5.11 gram yang dianggar bernilai RM511,” katanya.

Nasri berkata, pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan rumah berkenaan tidak menjumpai apa-apa barang salah dengan suspek dan barang rampasan dibawa balik ke IPD Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

Kes katanya, disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek negatif.

Difahamkan pemilik rumah berkenaan yang juga seorang wanita turut ditahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 kerana positif dadah.

   
Email Print