Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Dua kilang memproses ais beroperasi secara haram diarah tutup di Semporna

5th August, 2020

OLEH NAZRINI BADARUN

SEMPORNA: Dua kilang memproses ais yang dikesan beroperasi secara haram di daerah ini diarah tutup serta-merta oleh Pejabat Kesihatan Daerah Semporna (PKS) kelmarin.

Manakala dua lagi kilang ais yang lain pula dikompaun sebanyak RM3500 setiap satu selepas tidak memiliki sijil pengendali makanan dan kad kesihatan pekerja.

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna Dr. Shameer Khan Sulaiman berkata, sebanyak enam buah kilang memproses ais telah diperiksa pihaknya dalam operasi yang bermula jam 10 pagi dengan kekuatan anggota seramai 20 orang.

Menurutnya, dua kilang memproses ais yang diarah tutup itu kerana beroperasi tanpa lesen dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah peraturan 394A Akta Keselamatan Makanan 1985.

Manakala dua lagi yang dikompaun pula katanya, kerana tidak mempunyai sijil pengendali makanan dan kad kesihatan pekerja di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 Peraturan 11.

“Kilang memproses ais yang diarah tutup ini kita dapati ada yang telah beroperasi selama dua tahun tanpa lesen sah,”katanya dalam kenyataan.

Terdahulu dari itu, beliau memaklumkan Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Semporna yang diarah tutup pada Isnin telah mengambil langkah penambahbaikan dari segi kawalan dan pematuhan prosuder operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.

“Kami telah melawat semula BSN dan mendapati mereka telah menambah kakitangan untuk menjaga di luar premis seramai empat orang dan di dalam seramai dua orang bagi mengawal kesesakan pelanggan berurusan di bank,” katanya.

Jelasnya, bank berkenaan telah kembali beroperasi seperti biasa dengan syarat sentiasa mematuhi SOP dan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan pelanggan terjamin.

Pada Isnin, PKS mengarahkan BSN Semporna ditutup sementara waktu kerana didapati tidak mematuhi SOP dari segi penjarakan fizikal bagi pelanggan yang ingin berurusan di bank berkenaan.

Dr. Shameer dalam pada itu menasihatkan semua pemilik premis agar sentiasa mengikuti peraturan yang ditetapkan, sentiasa menjaga kualiti barang yang dijual dan kebersihan kawasan.

   
Email Print