Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Masidi dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UMS

5th August, 2020

KOTA KINABALU: Datuk Seri Masidi Manjun telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (LPU UMS) yang baharu berkuat kuasa pada 3 Ogos 2020, bagi menggantikan Datuk Wira Ir. Md Sidek Ahmad.

Watikah pelantikan sebagai Pengerusi LPU UMS baharu telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad di bangunan Parlimen kelmarin.

Masidi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University London dan berdaftar sebagai Barrister- at-Law dengan kepujian di Lincoln Inn, London.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Institute for Development Studies Sabah (IDS) dari tahun 1994-2004 dan turut menjadi ahli lembaga pengarah di Bank Pembangunan Sabah waktu itu.

Dalam dunia politik, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Karanaan, Parlimen Ranau sejak tahun 2004 sehingga kini dan pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah.

Warga UMS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pelantikan ini dan yakin bahawa Masidi mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kecemerlangan UMS di persada nasional dan antarabangsa.

Sementara itu, warga UMS juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Md Sidek atas sumbangan dan jasa bakti selama memegang jawatan sebagai Pengerusi LPU UMS.

   
Email Print