Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

UMS sedia dana RM7.6 juta Geran Pemulihan Impak COVID-19

5th August, 2020

KOTA KINABALU: Isu dan cabaran pandemik COVID-19 bukan sahaja terhadap aspek perubatan dan kesihatan tetapi juga melibatkan sektor sosioekonomi yang memerlukan peranan penyelesaian dan tindakan kolektif semua pihak, termasuk warga akademik di universiti.

Selain menuntut penyelesaian bersifat dasar dan intervensi pihak kerajaan, pandemik COVID-19 juga memerlukan input ilmu daripada segi sains, teknologi dan inovasi, justeru Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut membantu menangani krisis ini menerusi penyelidikan dan inovasi.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata UMS telah melancarkan skim kajian khas yang dinamakan Geran Pemulihan Impak COVID-19 (GPIC19-UMS).

“Geran ini memfokuskan kepada kajian dan projek inovasi yang mampu menyumbang kepada penyelesaian isu COVID-19, sama ada dari segi memberi cadangan dan informasi kepada pembuat dasar, ataupun menawarkan teknologi sebagai kaedah penyelesaian masalah.

“Sebagai universiti awam terbesar di Sabah, adalah menjadi tanggungjawab UMS untuk memfokuskan kepada isu-isu tempatan.

“Pada minggu-minggu awal krisis COVID-19, pasukan penyelidik UMS telah meninjau di lapangan dan berkomunikasi dengan pelbagai pemegang taruh bagi mengenal pasti isu-isu penting dan hasil tinjauan itu, maka GPIC19- UMS digagaskan untuk membantu menangani beberapa masalah utama dalam beberapa sektor penting,” katanya.

Menurut Datuk Taufiq, sehingga 15 Julai 2020, UMS telah meluluskan sebanyak 125 projek penyelidikan dan 36 projek inovasi di bawah skim GPIC19- UMS dengan dana berjumlah RM7.6 juta. Projek ini melibatkan pendekatan multi-disiplin yang merangkumi:

1. Bidang Kesihatan dan Perubatan – 47 projek dengan dana RM2.7 juta. 2. Bidang Pertanian – 15 projek dengan dana RM745 ribu. 3. Bidang Pendidikan – 18 projek dengan dana RM460 ribu. 4. Bidang Kesejahteraan Sosial Manusia – 41 projek dengan dana RM1.3 juta. 5. Bidang Ekonomi dan Pelancongan – 16 projek dengan dana RM495 ribu. 6. Bidang Fundamental Sains dan Alam Sekitar – 23 projek dengan dana RM1.9 juta.

Jelasnya lagi, bagi memudahkan pelaksanaan GPIC19- UMS, sebanyak empat kluster utama diwujudkan yang masing-masing diketuai seorang penyelaras.

“Setiap kluster memfokuskan domain isu khusus, dan semua projek yang setara dan saling berkaitan akan bernaung di bawah kluster yang sama. Ini bukan sahaja boleh meningkatkan kecekapan dari segi pengurusan dan pemantauan malah dapat menghasilkan sinergi dan perkongsian pintar daripada segi sumber kewangan dan tenaga.

Tambah Prof. Datuk Taufiq lagi, empat kluster tersebut ialah:

1. Kluster InnoForCovid diketuai oleh Prof. Madya Dr. Jidon Janaun, memfokuskan isu-isu yang memerlukan penyelesaian inovasi peralatan dan teknologi mekanikal, terutama yang berkait bidang perubatan, kesihatan, perniagaan, industri dan kesejahteraan komuniti. 2. Kluster AgriSolutions diketuai oleh Dr. Yasmin Ooi yang juga ahli Majlis Penasihat Pertanian Kebangsaan memfokuskan isu-isu tentang pertanian “dari ladang ke pinggan”, yang merangkumi masalah berkaitan penanaman, pemprosesan dan pemasaran. 3. Kluster DigiForCovid diketuai oleh Prof. Madya Dr. Syed Nasirin Syed Zainol Abidin memfokuskan isu-isu yang memerlukan penyelesaian berbentuk teknologi digital dan informasi. 4. Kluster BioTechTeam diketuai oleh Dr. Zarina Amin dan Prof. Dr. Lee Ping Chin memfokuskan isu-isu fundamental yang secara spesifik berkait dengan bidang genom, virologi, mikrobiologi, ujian COVID-19 dan pembangunan vaksin.

“GPIC19-UMS melibatkan kira-kira 300 penyelidik dari 10 buah fakulti dan 4 buah institut di UMS yang turut melibatkan kolaborasi daripada 10 buah agensi kerajaan (Persekutuan dan Negeri), 11 buah agensi swasta dan industri serta 18 komuniti di seluruh Sabah.

“Projek-projek yang terlibat dilaksanakan dalam pelbagai bentuk termasuk penyelidikan fundamental dan aplikasi, pemindahan ilmu, intervensi teknologi dan inovasi akar umbi. Output bagi semua kajian dihubungkan terus dengan pemegang taruh di lapangan, sama ada pembuat keputusan, pihak industri mahupun komuniti,” katanya.

   
Email Print