Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
Voters returning from red zone told to undergo home quarantine |  Expected business distress post-moratorium manageable – CGC |  Upward trend in LI boost consumer, investor sentiment – Economists |  Mogigiyon noduhan manakau karan tu' koowit koligogonon |  Arthur Kurup poposili PRN di katatalib posunduran koinsonongan |  GRS minomihi di Hajiji sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Majlis Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahman berlangsung cemerlang |  JBPM L-Datu ingatkan masyarakat jangan 'curi karan' |  Malaysia Airports tambah baik kemudahan saringan penumpang dari Sabah |  Kira-kira 32 pegawai dan anggota bomba di LD jalani ujian saringan COVID-19 |  Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah |  Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri baharu hari ini |  Peter drops bombshell |  Sarawak didn’t break any law to set up international schools – minister |  “Luk Chup” a popular dessert in Kota Bharu | 
 BM

Tidak patuh SOP PKPP, dua peniaga dikompaun RM1,000

5th August, 2020

RANAU: Polis daerah ini telah mengeluarkan kompaun ke atas dua peniaga tempatan di sini selepas didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton ketika memberitahu media, kedua-dua peniaga tersebut lelaki tempatan berumur 64 dan 54 tahun, menjalankan perniagaan menjual aksesori kenderaan dan bengkel motorsikal.

“Kedua-duanya telah dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana didapati tidak menyediakan buku daftar pelanggan dan alat pemeriksaan suhu di pintu masuk kedai mereka.

“Justeru itu, semua peniaga dinasihatkan supaya mematuhi SOP dikeluarkan kerajaan sepanjang PKPP dengan menyediakan buku daftar pelanggan dan menyediakan alat pemeriksaan suhu di pintu masuk premis perniagaan masing-masing,” katanya kepada media kemarin.

Selain itu tegasnya, peniaga juga dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan suhu ke atas pelanggan dan memastikan semua pelanggan mendaftar sebelum masuk ke dalam premis perniagaan bagi mengelak tindakan tegas diambil ke atas mereka. – OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print