Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Belum diputuskan

14th July, 2020

KUALA LUMPUR: Tarikh rasmi untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020 disambung semula akan diputuskan Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas menerima laporan penuh tahap kebersediaan daripada Sekretariat MFL dalam tempoh terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata pelbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam menyambung kembali saingan liga yang tertangguh sejak 16 Mac lepas demi memastikan saingan lebih kompetitif dan berkualiti.

Katanya, MFL mengambil kira kebimbangan pasukan mengenai risiko kecederaan yang mungkin dihadapi pemain sekiranya pasukan tidak memiliki waktu secukupnya untuk mempersiapkan pasukan ke tahap fizikal terbaik.

“Selain itu pasukan harus membuat persiapan rapi bagi venue yang bakal digunakan terutamanya dari aspek kawalan keselamatan dan kesihatan seperti proses pembasmian kuman dan nyahcemar venue perlawanan.

“Semua pasukan turut digesa untuk menjalankan proses penyelengaraan dan baik pulih padang bagi mengelakkan sebarang perkara yang boleh memberi kesan kepada kelancaran penganjuran perlawanan,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

MFL sebelum ini merancang meneruskan kembali saingan Liga Super dan Liga Premier yang terjejas susulan pandemik COVID-19 masing-masing pada 1 dan 2 Sept berdasarkan format baharu yang dijalankan secara separuh liga manakala Piala Malaysia akan berlangsung pada 17 Okt sehingga 7 Nov.

Sementara saingan Piala FA dan Piala Cabaran, yang juga sebahagian daripada pertandingan dalam Liga-M 2020, dibatalkan.

MFL juga akan mempertimbang untuk memberi kebenaran bagi pasukan mengadakan siri perlawanan persahabatan sebelum kempen liga bersambung, namun tumpuan kini adalah kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam Fasa 2 latihan berpasukan.

Justeru, Ab Ghani mengingatkan setiap pasukan untuk terus mematuhi SOP ditetapkan sepanjang Fasa 2 latihan berpasukan yang bermula Rabu depan bagi memastikan kelancaran usaha menyambung semula saingan liga.

“MFL berharap serta memohon supaya semua pasukan mengekalkan disiplin serta komitmen yang tinggi dengan mematuhi garis panduan serta mengutamakan keselamatan dan kesihatan pegawai dan pemain pasukan sepanjang tempoh Fasa 2 latihan berpasukan,” katanya.

Dalam pada itu, MFL berterima kasih kepada kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementeria Belia dan Sukan (KBS) atas bantuan serta sokongan terhadap usaha MFL merealisasikan impian setiap pasukan menjalani latihan berkontak. -Bernama

   
Email Print