Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Belia dari 11 kampung Mukim Rosok Bangkahak gotong-royong baiki paip

14th July, 2020

KOTA BELUD: Seramai 200 belia daripada 11 perkampungan di Mukim Rosok Bangkahak menjalankan gotong-royong membina membina semula Intek Paip Graviti yang telah musnah akibat banjir kilat baru-baru ini.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Rantai, Kampung Kelibungan, Kampung Ginapas, Kampung Guong Zing, Kampung Bangkahak Baru, Kampung Bangkahak Lama dan Kampung Bangkahak Sunsum.

Turut tidak ketinggalan ialah penduduk di Kampung Gontuwong, Kampung Bugaron, Kampung Bambangan dan Penampatan Wariu.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli, yang berkesempatan menyertai gotong royong berkenaan memuji tindakan yang dilakukan oleh para belia di kampung yang terbabit.

“Sebagai satu komuniti dalam sebuah negara yang aman dan damai, perlunya usaha tolong menolong kerana ianya secara tidak langsung dapat memudahkan sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Musbah berkata, kerjasama boleh diwujudkan di mana-mana sama ada dalam kalangan keluarga mahupun di tempat kerja mahupun di sebuah organisasi dalam pelbagai bidang lain.

Menurut Musbah, kerjasama bermakna bekerja bersama, bersama-sama memikirkan tentang penyelesaian masalah dan bersama-sama menikmati hasil yang dicapai.

“Alangkah baiknya jika pemimpin-pemimpin kita dapat bekerjasama untuk kepentingan rakyat dan negara tanpa menghiraukan fahaman politik masing-masing.

Pada majlis itu Musbah turut menyampaikan 12 mesin rumput kepada setiap MPKK di Mukim Rosok Bangkahak.

   
Email Print