Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Inisiatif NGO bersama penduduk kampung baiki kerosakan akibat banjir

14th July, 2020

OLEH NOOR EVIANA DATU MAZINAL

KOTA BELUD: Ekoran daripada bencana banjir yang berlaku baru-baru ini, kebanyakan kampung di sini turut mengalami kerosakan dan kerugian tanaman serta ternakan, tidak terkecuali juga penduduk dalam Mukim Rosok yang mengalami permasalahan air akibat kerosakan sistem bekalan paip air graviti di Sungai Takutan.

Terpanggil dengan permasalahan itu, kumpulan Kota Belud 4 Wheel Club (KB4WDC) telah tampil untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk kampung untuk membaiki paip air graviti penduduk berkenaan di.

Menurut presidennya Arman Sekan, inisiatif bantuan tersebut tercetus selepas salah seorang daripada ahli kelab mereka mengadu mengenai kerosakan paip air graviti di kampung sehingga mengakibatkan hampir 4,500 orang dari sembilan buah kampung terjejas.

“Seramai lebih 20 ahli KB4WDC telah turun menggembleng tenaga memberikan bantuan terhadap hampir 100 penduduk kampung yang sedang membaiki sistem paip air graviti di Sungai Takutan,

“Kami rasa terpanggil dengan keadaan ini kerana sedar betapa pentingnya sumber air bagi sesebuah kampung itu, malah kami juga dimaklumkan bahawa hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja yang boleh melalui laluan untuk ke kawasan paip graviti berkenaan”.

Kata Arman yang di temui selepas gotong-royong itu pada Ahad lalu.

Turut hadir sama semasa gotong-royong berkenaan adalah penaung KB4WDC, Arshad Bistari yang telah membantu menampung hampir seluruh kos perbelanjaan pembaikan itu dengan menghantar jenteranya untuk membantu kerja-kerja pembersihan di kawasan sumber air graviti, termasuk membersih laluan bagi kegunaan penduduk kampung.

Jelasnya, sistem perpaipan di kawasan tadahan air graviti itu sering mengalami kerosakan kerana setiap kali berlakunya banjir besar, sistem perpaipan itu telah bertambah teruk sehingga mengakibatkan tekanan air menjadi rendah seterusnya menjadi punca krisis bekalan air di kampung-kampung yang bergantung pada sumber air graviti tersebut.

Tekannya penduduk berharap wakil rakyat dan jabatan berkaitan harus memberikan perhatian lebih serius untuk menangani isu itu demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk Mukim Rosok.

“Tidak dinafikan sebelum ini terdapat usaha dilakukan oleh wakil rakyat dan pelbagai pihak, namun kaedah yang dilaksanakan belum dapat mengatasi krisis air di sini sepenuhnya.

“Justeru kerajaan perlu memandang serius akan permasalahan ini demi kesejahteraan penduduk kerana mereka telah dilantik oleh rakyat dengan harapan untuk pebambah baikkan taraf hidup rakyat bukan sebaliknya,” kata Arshad.

   
Email Print