Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Penduduk rayu jambatan rosak dibaiki

14th July, 2020

OLEH : MARUTIN ANSIUNG

NABAWAN:: Penduduk di Kampung Sasandukon Mukim Pagalungan dan sekitarnya merayu kepada pihak yang berkenaan agar membaiki jalan dan jambatan yang rosak di jalan Sansan Pagalungan.

Jurucakap penduduk Justin Jos 34, dari Kampungg Sadandukon berkata, keadaan jalan itu tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecuali motosikal.

Katanya, berikutan kerosakan dan jambatan kini menyulitkan penduduk untuk keluar ke pekan Nabawan dan Keningau untuk mendapatkan barang-barang keperluan harian.

“Selain penduduk kampung, guru-guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK)Logongon, SK Sasamdukon dan SK Saliku sukar balik bertugas di sekolah-sekolah berkenaan kerana keadaan jalan tidak boleh dilalui oleh kenderaan,” katanya menghubungi New Sabah Times di sini kelmarin.

Menurut Justin, hanya motosikal yang boleh melaluinya tetapi itupun dalam keadaan terpaksa. “Mereka (penunggang)terpaksa menyurung motosikal di laluan-laluan yang sukar,” jelasnya.

Justeru itu katanya, pihak berkenaan perlu turun padang dan mencari usaha bagaimana mengatasi masalah tersebut.

“Jangan biarkan rakyat menderita dengan keadaan jalan yang sedemikian rupa” katanya.

   
Email Print