Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Dua keluarga nekad hantar anak lelaki ke pusat rawatan dan pemulihan dadah

10th July, 2020

SANDAKAN: Dua keluarga nekad menghantar anak lelaki mereka masing-masing berumur 20 dan 35 tahun ke pusat rawatan dan pemulihan dadah kerana ketagihan dadah.

Menurut Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan, Aisyah Abdul Karim, kedua lelaki terbabit mula terjebak mengambil dadah antara dua hingga tiga tahun lalu.

Aisyah berkata, ibu bapa kepada orang kena tahan (OKT) tersebut nekad mengambil keputusan menghantar anak mereka ke AADK kerana bimbang kesan lebih buruk berlaku.

“Tindakan dua keluarga dari kawasan Batu 7 dan Batu 2 itu wajar dipuji kerana bukan mudah untuk berbuat demikian.

“AADK mengambil tanggungjawab untuk meneruskan prosedur rawatan dan pemulihan ke atas dua OKT ini,” katanya kepada media pada Khamis.

Aisyah berkata, OKT tersebut antara lapan orang yang ditahan menerusi Ops Cegah pada malam Rabu di bawah seliaan Pegawai Penyiasat AADK Sandakan, Nguil A/K Inggong melibatkan kawasan sekitar daerah Sandakan termasuk Kinabatangan, Tongod dan Beluran.

Tambahnya, kesemua mereka telah ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983, Pindaan 1998 dan Mahkamah Majistret Sandakan turut menetapkan tempoh tahanan reman selama 14 hari terhadap mereka.

Aisyah dalam pada itu berkata, pihaknya turut melaksanakan Ops Cegah sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan.

Ujarnya, dalam tempoh tersebut seramai 29 OKT telah ditahan termasuk lapan kes daripadanya yang ditahan pada Rabu (8 Julai).

“OKT berusia lingkungan 19 hingga 50 tahun itu ditahan hasil aduan orang ramai dan risikan selama dua minggu. Ini jumlah tangkapan minima yang kita lakukan kerana kekangan yang semua sedia maklum dan pematuhan SOP yang digariskan KKM.-OLEH ALIZA ALAWI

   
Email Print