Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Robert nafi tinggalkan StarSabah

10th July, 2020

KENINGAU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADdun) Bingkor Robert Tawik menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tular di media sosial yang mengatakan beliau akan meninggalkan Parti StarSabah.

Menurut kenyataan yang tular di media sosial itu, kononya Robert bakal meninggalkan StarSabah kerana rasa tertekan dan serba salah atas desakan demi desakan oleh ahli-ahli StarSabah yang tidak bersetuju dengan keputusan Presiden Parti Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bekerjasama dengan Tan Sri Musa Aman selepas PRU14 , ‘Adalah Tidak Benar.’

Mengulas kenyataan itu, Robert yang juga Naib Presiden StarSabah berkata, beliau telah menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Presidan StarSabah dan menyokong tindakan Jeffrey bekerjasama dengan Tan Sri Musa Aman membentuk kerajaan negeri Sabah ketika itu setelah pensyaratan yang dikemukakan oleh Datuk Jeffrey diterima oleh Tan Sri Musa sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan negeri Sabah yang akan dilaksanakan.

“Namun sayangnya, seperti yang kita sedia maklum kumpulan Warisan-PH telah berusaha sedaya upaya untuk merampas kuasa, dan akhirnya berjaya memujuk Upko membantu mereka membentuk kerajaan pintu belakang bertongkatkan Perlembagaan Perak yang membelakangkan Perlembagaan Sabah. Kerana tanpa Tan Sri Musa meletak jawatan terlebih dahulu sebagai Ketua Menteri pertama, ketua menteri kedua dari Warisan-PH-Upko telah dilantik oleh TYT” jelasnya.

Tapi katanya, apa yang amat mengecewakan selepas itu ialah dasar yang mereka laksanakan bertentangan sekali dengan kehendak atau kemahuan Orang Sabah. Contohnya operasi pumpboat dan sistem barter yang telah diharamkan oleh kerajaan terdahulu untuk mengekang kemasukan PTI ke Sabah, telah dihalalkan semula dalam kerajaan Warisan-PH-Upko.

Amat malang lagi tambahnya, PTI diberikan pemutihan dengan dokumentasi dan penggazetan penempatan setinggan atas air yang dikhuatiri majoriti penduduknya adalah PTI sebagai satu perkampungan yang sah.

Robert juga menyatakan, beliaulah orang yang sangat menyokong keputusan Jeffrey sehingga tertubuhnya PN. “Tuduhan kononnya beliau ditugaskan oleh Jeffrey untuk memujuk ahli-ahli StarSabah yang kononya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan beliau adalah tidak betul,” tegas Robert.

Beliau berkata, dakwaan kononnya Jeffrey sering membuat keputusan sendiri tanpa bertanya pandangan ahli terlebih dahulu dengan membuat keputusan sendiri menyertai PN demi mendapat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya adalah sama sekali tidak betul.

“Seperti yang kita lihat, penyertaan Jeffrey dalam PN telah membuka peluang untuk menjayakan agenda Borneo dengan wujudnya portfolio khusus Kementerian Hal Ehwal Sabah Sarawak di Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Jelas Robert lagi, apa yang nyata sejak kebelakangan ini, StarSabah semakin diancam, semakin mengancam dengan penyertaan ahli-ahli baru yang semakin menyedari dan semakin yakin dengan dasar perjuangan yang sebenar.-OLEH : MARUTIN ANSIUNG

   
Email Print