Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan

6th July, 2020

OLEH HAJI MOHD AMIN HAJI MUIN

(Ketua Penerangan PMBS Pusat)

PUTATAN: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Cawangan Putatan terus mengadakan aktiviti kebajikan dan amal dengan melakukan kerja-kerja nyahkuman ke empat buah lagi masjid di sekitar Putatan pada Sabtu.

Aktiviti yang diketuai oleh Pengerusi Cawangan, Encik Kula Bahar dan Ahli Jawatankusanya bermula dari jam 7.30 pagi dengan melakukan kerja-kerja nyahkuman di Masjid Nur Al- Jannah Kampung Petagas.

Sebelum kerja-kerja nyahkuman, Kula menyerahkan cecair sanitizer kepada Pengerusi masjid itu, Encik Ismail Haji Zinin. Setiausaha PMBS Zon Bandar raya Kota Kinabalu, Encik Momin Mohammad yang mengetuai kerja-kerja nyahkuman itu turut memberikan penerangan cara-cara betul melakukan sanitizer di kawasan masjid itu.

Selepas di Masjid Al-Jannah rombongan itu yang turut disertai oleh Pengerusi PMBS Zon Bandaraya, Datuk Haji Yahamad Budin bergerak ke Masjid Jamek Ulu Putatan.

Mereka telah disambut oleh Pengerusi Masjid dan AJKnya, Haji Othman Abdul Hamid.

Pada majlis itu Kula juga turut menyerahkan bahan cecair nyahkuman ini yang kesemuanya disumbangkan oleh Penaung PMBS Cawangan Putatan yang juga Ahli Parlimen Putatan, Encik Awang Hussaini Datuk Haji Awang Sahari. Rombongan itu kemudiannya beredar ke Kampung Serigai juga di Putatan untuk melakukan kerja-kerja yang sama.

Turut menyambut mereka dan menerima cecair sanitizer ini ialah Pengerusinya, Ustaz Haji Ahmad Haji Ukub dan Penasihat masjid ini, KK Haji Mustapa Haji Ibrahim.

Destinasi terakhir kerja-kerja nyahkuman oleh rombongan PMBS Putatan dan Zon Bandar raya ini ialah di Masjid Assalam Kg Contoh Putatan. Di Masjid ini mereka disambut oleh pengerusinya, Haji Ismail Haji Ayub bersama AJKnya yang sama-sama melakukannya kerja nyahkuman.

Kula berkata ini adalah kali kedua PMBS Putatan dengan kerjasama PMBS Zon Bandar raya mengadakan kerja amal dan kebajikan ini.

Minggu lalu mereka melakukan kerja-kerja yang sama di Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih Putatan, Masjid Daerah Putatan, Masjid As-Sobiran Sepanggil dan Surau Jabatan Kerja Raya Putatan.

Beliau berkata kerja-kerja amal dan kebajikan ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk membantu mengawal wabak Covid-19 yang masih melanda negara ini di samping untuk memberikan keselesaan masyarakat Islam menunaikan solat berjemaah di masjid-masjid dan surau yang terpilih.

   
Email Print