Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah

6th July, 2020

KENINGAU: Kempen derma darah anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rumandawi Kampung Merampong dan Sook Prihatin dengan kerjasama Unit Perubatan Transfusi Hospital Keningau berjaya mengumpul sebanyak 33 pain darah yang diadakan serentak pada Sabtu.

Pengerusi Sook Prihatin, Ramian Ayub berkata, derma darah anjuran pihaknya telah diadakan di perkarangan restoran Warisan Kinabalu Sook yang dijalankan bermula jam 8.30 pagi hingga jam12.30 tengah hari.

“Program tersebut juga mendapat sokongan daripada ahli parlimen P.182 Pensiangan yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup dan berjaya mengumpul sebanyak 21 pain darah pada kempen derma darah tersebut.

“Pada hari yang sama juga, KRT Rumandawi kampung Merampong turut mengadakan kempen derma darah yang diadakan di Anjung Pisompurusan Kampung Merampong, di sini dan berjaya mengumpul sebanyak 12 pain darah,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini kelmarin. Sehubungan dengan itu, beliau menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada para penderma darah yang hadir mendermakan darah mereka untuk para pesakit yang memerlukan.

Beliau berharap agar lebih banyak pihak akan tampil untuk menganjurkan program derma darah tersebut pada masa akan datang dan turut berharap agar lebih ramai masyarakat akan hadir untuk menderma darah pada masa akan datang.

Katanya, semoga para penganjur kempen derma darah akan terus bersemangat dan meneruskan usaha mengadakan kempen derma darah tanpa rasa jemu. OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print