Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban

6th July, 2020

LAHAD DATU: Masjid Nurul Aman akan melaksanakan Program Ibadah Korban 1441 H/2020M tahun ini, demikian dinyatakan disini oleh Pengerusi Biro Kebudayaan dan Perayaan, Arsani Alam ketika ditemui selepas mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa Biro itu di perkarangan Masjid Nurul Aman baru-baru ini.

Arsani menyatakan bahawa ahli jawatankuasa Biro memutuskan sebanyak lima ekor lembu akan dikorbankan dan dilaksanakan penyembelihannya pada 1 Ogos 2020.

Menurutnya lagi dua ekor lembu akan disembelih di kawasan masjid dan tiga ekor lagi disembelih di Pusat Penyembelihan Hafiz Farm Sdn Bhd.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Masjid Nurul Aman kerana memberikan kepercayaan kepada beliau bagi melaksanakan acara ibadah korban tahun ini.

Beliau turut berterima kasih serta menyampaikan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa Biro Kebudayaan & Perayaan atas kerjasama yang diberikan kepada beliau selaku Pengerusi Pelaksana Program Ibadah Korban tahun ini. -Oleh : EJA

   
Email Print