Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta

6th July, 2020

Oleh:MARUTIN ANSIUNG

KEMABONG: Ibubapa dan para pelajar khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinasihatkan agar tidak perlu terburu-buru menerima tawaran melanjutkan pengajian di Kolej Swasta

Ahli Dewan Undangan Negeri ((Adun) kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, mereka perlu meneliti terlebih dulu latar belakang kolej berkenaan termasuk segala kos pembayaran pengajian dan terma perjanjian sebelum mengambil sebarang keputusan.

Katanya, sebagai bakal mahasiswa yang unggul mereka perlu cakna terhadap semua perkara yang disediakan oleh pihak IPTS atau kolej swasta yang menawarkan kursus kepada mereka.

“Pelajar terutamanya lepasan SPM, perlulah membuat kajian atau mengumpulkan maklumat tentang latar belakang Universiti, visi dan misi dan mengambil tahu berita berkaitan Universiti/Kolej seperti pencapaian, kejayaan Universiti/Kolej dan peluang peluang pekerjaan yang boleh dipohon selepas menamatkan pengajian di kolej berkenaan,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Jamawi berkata, sejak beberapa minggu kebelakangan ini beliau banyak dihubungi oleh ibubapa pelajar khususnya di Kemabong memohon sumbangan untuk anak-anak mereka melanjutkan pengajian di beberapa Kolej Swasta yang sebilangannya tidak pernah diketahui Kolej berkenaan .

“Ibubapa atau pelajar jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang disediakan terutamanya dari segi pembayaran yuran walaupun peringkat awal tidak begitu menyulitkan disebabkan Kolej berkenaan menggunakan pinjaman PTPTN untuk pembayaran yuran dan sebagainya atas nama pelajar terlibat yang sudah tentu akan membebankan pelajar dan ibubapa untuk membayarnya kembali selepas menamatkan pengajian apalagi selepas pengajian pelajar pula gagal memperolehi pekerjaan,” jelas Jamawi.

Tambah Jamawi, pelajar dan ibubapa pelajar jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang disalurkan oleh pihak Kolej melalui pelbagai cara email, apklasi WhatsApp dan masej menerusi agen mereka lantik, ini kerana agen berkenaan akan mendapat komisyen sekiranya berjaya mendaftarkan seorang pelajar di Kolej berkenaan.

Katanya, kebiasaanya pelajar-pelajar yang kurang cemerlang keputusanya dan gagal melanjutkan ke IPTA akan menjadi sasaran dihubungi melalui e-mail, WhatsApp atau SMS oleh agen yang dilantik kerana mereka mementingkan keuntungan komisen yang mereka dapat apa bila berjaya mendaftarkan seseorang pelajar .

“Sebaiknya pilihlah kolej-kolej yang diiktiraf oleh kerajaan seperti Kolej Yayasan Sabah, IKM, ILP, MARA dan banyak lagi, ini kerana ianya ditanggung dan dipantau sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya.

   
Email Print