Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah

6th July, 2020

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun kelmarin mengadakan ziarah prihatin ke atas beberapa individu yang menghadapi masalah kesihatan di sini.

Rina berkata dalam lawatan itu, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah meluluskan permohonan bantuan kepada individu berkenaan bagi meringankan beban keluarga yang terlibat.

“Kami telah menyampaikan surat kelulusan (bantuan) itu kepada keluarga berkenaan termasuk warga emas yang terlantar sakit,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan ziarah prihatin, di sini kelmarin.

Terdahulu Rina melawat seorang remaja Nur Alia Emeida Timothy, 14, yang disahkan menghidap kanser medulloblastoma sejak 2018 di Kampung Limatok.

Anak sulung kepada pasangan suami isteri Timothy Minsin dan Siti Norlela Mohd Albe itu masih mendapat rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Kota Kinabalu.

Menurut Siti Norlela, anak sulungnya itu telah menjalani dua kali pembedahan pada hujung 2018 dan awal 2019 untuk membuang ketumbuhan di bahagian belakang kepala anaknya itu.

“Sekarang ini dia (Nur Alia) masih dalam pemerhatian doktor selepas rawatan kemoterapinya sudah selesai dan kini kesihatannya semakin bertambah baik,” katanya.

Rina kemudiannya melawat seorang lelaki warga emas, merupakan pesakit kronik serta daif iaitu Gumbulu Goyang, 83, yang menetap di Kampung Pirasan.

Beliau berkata bantuan di bawah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) turut disalurkan termasuk tilam bagi keselesaan warga emas itu selain bakul makanan.

Beliau turut melawat seorang pesakit kronik Azizan Musari, 26, yang terlantar selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2017.

Akibat daripada kemalangan motosikal itu, Azizan mengalami patah tulang tengkuk serta tulang belakang dan kini masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Sempena lawatan dua hari ke Sabah berakhir hari ini, Rina juga turut mengadakan lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu dan menyerahkan dua unit komputer untuk kegunaan penghuni di rumah berkenaan. – Bernama

   
Email Print