Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Banjir musnahkan kediaman milik Ledah

6th July, 2020

KOTA BELUD: Banjir besar yang melanda negeri Sabah pada Jun lalu telah mengakibatkan 10 daerah terjejas dan turut memusnahkan rumah penduduk kampung yang terlibat.

Tidak terkecuali rumah seorang balu Ledah Ajah, 51, di Kampung Lebak Engad di sini, apabila kediaman yang didudukinya bersama sembilan anak termasuk menantunya turut musnah.

“Tiada apa lagi yang tinggal, pakaian dan barangan lain juga rosak,” katanya ketika ditemui Bernama di dewan kampung itu, di sini kelmarin.

Sementara itu Junaidah Zainudin, 23, anak kelima Ledah yang tinggal bersama ibunya di rumah kayu berusia lebih 20 tahun itu berkata, rumah itu tidak lagi selamat untuk didiami selepas dilanda banjir baru-baru ini.

Beliau berkata rumah peninggalan arwah ayahnya itu sebelum ini tidak pernah dinaiki air namun air banjir yang melanda kampung itu baru-baru ini, mencecah hingga ke lantai rumah.

“Walaupun rumah kami berdekatan dengan Sungai Tempasuk, belum pernah air banjir cecah lantai rumah, tapi kali ini habis barangan rumah rosak,” katanya yang kini tinggal di dewan itu bersama suami dan dua anak kecilnya.

Nasib yang sama turut menimpa Farizi Manjah, 28, apabila rumahnya juga musnah dalam banjir besar itu.

Beliau bersama isteri dan dua anaknya berumur tujuh bulan dan tiga tahun juga terpaksa tinggal di dewan itu.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun turut melawat keluarga itu di dewan berkenaan.

Rina berkata bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan akan disalurkan kepada keluarga berkenaan.

Pada 27 Jun lalu, hujan lebat yang berterusan mengakibatkan 10 daerah iaitu Tenom, Pitas, Beaufort, Membakut, Papar, Kota Belud, Kota Marudu, Penampang, Keningau dan Tuaran terjejas akibat banjir. – Bernama

   
Email Print