Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Sabah sasar buka semula pelancongan a-bangsa 1 Sept

6th July, 2020

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menyasarkan untuk membuka semula pintu kepada pelancong antarabangsa menjelang 1 Sept tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew.

Beliau berkata pembukaan semula itu akan dilakukan dengan melihat kepada keadaan semasa pandemik COVID-19 dan juga nasihat daripada Kementerian Kesihatan di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kami menantikan pembukaan semula sektor antarabangsa (pelancong), tetapi kami akan sangat selektif,” katanya kepada pemberita selepas melawat pasar malam Api-Api di Jalan Gaya di sini malam kelmarin.

Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata agensi di bawah kementeriannya, terutama Lembaga Pelancongan Sabah (STB) selalu mengikuti maklumat berkaitan perkara itu dari negara lain.

Beliau berkata kerajaan negeri telah membuka semula sektor pelancongannya secara berperingkat dengan membenarkan operasi pasar malam di Jalan Gaya itu.

“Kami juga membuka kembali (aktiviti mendaki di) Gunung Kinabalu sejak 16 Mei dan telah menarik kira-kira 2,000 pendaki, kebanyakannya pengunjung tempatan,” katanya.

Sementara itu, mengenai pelancong dari China, yang menyumbang kedatangan pelancong paling ramai ke Sabah sebelum sekatan akibat pandemik global COVID-19, Liew berkata satu pertemuan akan diadakan bersama Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide minggu hadapan mengenai perkara itu.

Beliau berkata bukan semua kawasan di China terjejas dengan COVID-19 dan pertemuan itu akan membincangkan, antara lain mengenai bagaimana mempercepat kedatangan pelancong dari kawasan berkenaan.

Dari Januari hingga Nov tahun lepas, STB merekodkan 3.766 juta kedatangan pelancong dengan kebanyakannya dari China. – Bernama

   
Email Print