Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Seorang hilang dan seorang lagi selemat ketika keluar memancing

6th July, 2020

OLEH NAZRINI BADARUN

SEMPORNA: Seorang lelaki terselamat manakala rakannya hilang selepas bot yang mereka naiki untuk memancing dipukul ombak lalu karam, di kawasan perairan Semporna berdekatan Pulau Mabul, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang terselamat dikenali sebagai Salimin Paludin, 44, sempat menghubungi abangnya untuk memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Salimin berjaya diselamatkan penduduk kampung sebelum diserahkan kepada Pasukan Polis Marin(PPM) Semporna pada jam 9.45 pagi hari yang sama dan dihantar ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan.

Manakala gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang dikenali sebagai Mahmur Ajae, 44, kini sedang giat dilakukan pelbagai agensi penguatkuasa memasuki hari kedua.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komader Maritim Norrimi Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, keadaan cuaca yang agak buruk dan laut bergelora dipercayai telah menjadi punca bot mangsa terbalik lalu karam.

“Sebaik kita menerima makluman berkaitan kejadian itu, SAR terus diaktifkan pada jam 1.30 petang (Sabtu) untuk mencari mangsa namun gagal sebelum SAR ditangguhkan pada jam 6 petang dan diteruskan pada pagi ini (Ahad).

“Operasi SAR yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diteruskan pada jam 7 pagi kelmarin (Ahad) diperluaskan kepada sektor meliputi sehingga 101 batu nautika persegi,” katanya.

Norrimi berkata, operasi SAR membabitkan lapan buah bot dan sebuah kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia(TLDM) serta bantuan daripada Pasukan Polis Marin(PPM), Angkatan Tugas Bersama Dua(ATB2) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Terdahulu kedua-dua mangsa yang juga bekas anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dipercayai keluar ke laut untuk memancing pada jam 4 petang 3 Julai lalu sebelum bot yang mereka naiki di pukul ombak lalu terbalik pada jam 7 pagi Sabtu.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa yang hilang masih belum ditemukan.

   
Email Print