Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

500 penduduk Kampung Bandukan Lama Bingkor hadapi masalah tiada air akibat banjir

3rd July, 2020

OLEH MARUTIN ANSIUNG

KENINGAU: :Kira-kira 500 penduduk Kampung Bandukan Lama Bingkor menghadapi masalah ketiadaan air apabila paip graviti rosak teruk akibat banjir.

Jurucakap penduduk Inus Inti berkata, saluran air paip graviti mereka kini tidak berfungsi kerana terdapat batang paip yang putus akibat banjir Sungai Bayayo baru-baru ini.

Katanya, dalam beberapa hari ini mereka terpaksa menggunakan air sungai dan hujan untuk kegunaan harian.

“Bagi mendapatkan bekalan air bersih, kami terpaksa bergotong-royong membaiki dan menyambung batang paip yang putus” katanya kepada media selepas gotong royong itu kelmarin.

Sehubungan dengan ini Inus meminta kepada pihak yang berkenaan agar mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk.

Katanya, walaupun saluran air itu dapat dibaiki tetapi ia hanya sementara sahaja kerana banyak struktur yang rosak.

“Ia perlu pembinaan baru bagi menampung keperluar air penduduk bagi jangka panjang” jelasnya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor ketika memberi respon masalah itu berkata, akan memohon peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Persekutuan.

“Kita bersimpati dengan penduduk kampung berkenaan kerana sudah seminggu mereka tidak mendapat bekalan air bersih selepas saluran paip graviti mereka rosak” kata kepada media di sini.

Menurut Robert, sebagai wakil rakyat di kawasan ini, beliau berharap agar pihak kementerian dan kerajaan PN dapat memberikan peruntukan dengar kadar segera bagi memboleh saluran paip graviti itu dapat dibina atau penyelanggaraan menyeluruh dibuat pada saluran paip graviti sejauh lebih kurang 3 kilometer itu.

   
Email Print