Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Curi baja, lelaki dipenjara dan denda RM100

3rd July, 2020

TAWAU: Padah membeli barang curi iaitu 891 karung baja, seorang lelaki dijatuhkan hukuman dua hari penjara dan denda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Saparuddin Palude, 40, dibawa Seksyen 22 A Undang-Undang Kesalahan Kecil CAP 80 Sabah.

Mengikut pertuduhan kes, tertuduh melakukan perbuatan itu pada 29 Februari lepas jam 12 di Premis TN 11899, Lot SD7 Landmark Light Industrial Park, Mile 4, Jalan Apas.

Antara baja yang terlibat 67 karung baja jenis Mop, 19 karung baja jenis BM, 14 karung baja jenis Agromate, dua karung baja jenis NKI dan 789 karung baja jenis Mop.

Dalam fakta kes menyebut, hasil siasatan polis tertuduh memaklumkan kesemua baja berkenaan telah dijual kepadanya daripada orang yang tak dikenali dan dia membelinya untuk tujuan dijual semula.

Bagaimanapun pemeriksaan polis mendapati baja yang dijual oleh tertuduh itu adalah baja yang dilapor hilang oleh seorang pemilik gudang yang juga pengadu dalam kes berkenaan.

Polis telah merampas kesemua baja tersebut yang dijual tertuduh selepas mendapati tertuduh telah gagal menjelaskan bagaimana baja-baja tersebut diperolehinya.

Kes pendakwaan telah dikendalikan Pegawai Pendakwa, ASP Dg Nur Azarinawaty Ag Kachee manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -Oleh: NAZRINI BADARUN

   
Email Print