Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Malaysian teenage sensation Luqman Hakim completes move to Belgian club KV Kortrijk |  Istana Negeri refutes alleged power abuse by Tun Juhar |  Three Indonesians get 2 months’ jail for work pass violations |  COVID-19: Labuan Matriculation College students test negative |  Sandakan teacher gives free masks to students who reused dirty ones to save money |  Online food delivery mart to see robust growth over next four years |  MMM announces positive market share for first half of 2020 |  SIRIM, MRM launch three initiatives to prepare design industry for IR4.0 |  Pakalaja sabaagi 'Team UMS': Masidi |  ESSCOM momoguno kapal id papavakas koponoizukan om panamangan id tavan |  KPDNHEP minonoodo pomolisaan poimbida om kotonudan SOP PKPP |  Pogioton panamangan tu kiis COVID-19 nokoinsavat |  SERUMPUN anjur Program Semarakan Cinta Smartstart 2nd Honeymoon |  Penguatkuasa KPDNHEP jalankan pemeriksaan khas PKPP |  Bapa ancam tikam anak dengan pemutar skru gara-gara berebut alat kawalan jauh | 
 BM

Guru besar sekolah rendah dipenjara 18 bulan dan denda RM9,000

3rd July, 2020

Oleh: ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Seorang guru besar sekolah rendah terima hukuman penjara 18 bulan dan denda RM9,000 kerana tiga kesalahan salahguna kuasa yang dilakukan antara tahun 2016 dan 2017 oleh Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada Khamis.

Brahim Zakaria, 55, tahun itu mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan alternatif menyalahgunakan wang kumpulan sumbangan awam sekolah kebangsaan melibatkan jumlah RM14,300 selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Menurut fakta kes, kesalahan pertama dilakukan Brahim pada 17 Mac 2017 melibatkan amaun berjumlah RM5,000 dan kesalahan kedua dilakukan pada 14 Julai 2017 melibatkan jumlah RM6,000 serta kesalahan ketiga pada 23 Disember 2016 dengan jumlah RM3,300.

Mahkamah menetapkan setiap pertuduhan itu menerima enam bulan penjara dan denda RM3,000 serta jika gagal membayar denda akan dikenakan penjara tiga bulan dan hukuman penjara dijalankan secara serentak.

Brahim, yang diwakili peguam menerima hukuman alternatif itu dibawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan pertuduhan tersebut merupakan alternatif kepada pertuduhan utama iaitu kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Namun begitu, hakim memberitahu tertuduh terlepas daripada hukuman sebat ekoran usia beliau melepasi 50 tahun.

Terdahulu pada 27 Februari lalu, ketika perbicaraan berlangsung, Brahim diserang sakit dada semasa menunggu untuk hukuman dijatuhkan oleh mahkamah.

Kejadian berkenaan terjadi ketika mahkamah berhenti rehat bagi membolehkan Abu Bakar mempertimbangkan sama ada hukuman dijatuhkan pada 27 Februari atau menangguhkannya susulan permintaan tertuduh yang belum bersedia untuk menjalani hukuman penjara ekoran keadaan kesihatan beliau yang tidak baik.

Brahim dibawah ke Hospital Duchess of Kent Sandakan diiringi pegawai SPRM Sandakan, Suhaimi Abd Manaf dengan ambulans kira-kira pukul 1.40 petang yang dihubungi oleh seorang kakitangan mahkamah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Faliq Basirudin.

   
Email Print